Thursday, February 17, 2011

mimpi dia..

tadi petang tengah2 aku tido, dia datang dalam mimpi aku..memang syok kot!aihh..semenjak masuk psis ni asik nak tngok dia je..tercari2 dia je..aihhh...masalah2..aku sendiri xpasti dengan perasaan ni..jangan!ingat tin..masuk sini nak blaja k..huhu..memang best sebab dia ada dalam mimpi aku tuhh..tapi, yang xbestnya dia bukan untuk aku..dalam mimpi tuh, dia jadi suami makcik aku..makcik wehh..memang feel abih r..terjaga dari tido je, aku ase..nak nangis..walawehh..nak nangis kott..bangun tido, aku termenung..fikir..betol ker sume nihh..?tapi makcik aku yang tuh da jadi isteri orang..da ada anak pon!yela..orang kata mimpi di siang ari biasanya akan menjadi kenyataan..betol ker..?huhu..Allahualam..ok..dah cukup!cukup setakat nih..nak bersiap2 untuk kelas akaun malam ni..esok de test ekonomi..wish me luck k!Assalamualaikum..


*dia adalah lelaki yang baik..yang kedua pernah aku jumpa..
n yang paling penting, dia tua dari aku..aku memang minat
laki2 yang tua..i mean, matang dari aku..hehehe....:)

Tuesday, February 08, 2011

Jangan ucapkan takziah..

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Sunday, February 06, 2011

dun cry bebeh!

aihh..untuk ari nih saje, dah 3 entry yang aku post!huhu..okla, nih entry yang terakhir yang aku akan post untuk ari ni..i want to cry!ulgo-sip-eo!atau dalam bahasa ibunda, maksudnya aku nak menangis!huhu..aku betul2 rasa xnak balik PSIS sok..aihh..kenapa sampai macam ni sekali..?walaupun aku da cuba untuk pujuk hati aku..tapi, xberkesan..perasaan tu tetap sama..XNAK BALIK!shit!tolongla hati..bertolak ansur la sikit dengan perasaan ni..jangan keras sangat hati ni..xtahu kenapa terasa xnak balik sangat2..dah cuba cari jawapan, tapi xjumpa2..nak kata sana xok, tapi sume ok je!xtaw kenapa..hati niiii..janganlah begini..

Cehhh!buruk juga rupa si CR ni bila nangis!bukan laki sejati si CR ni..lembik!nangis konon!rupa aku bila nangis xdela buruk bebenor cam gini..makin comel adalah!ceeewaahhh!hahaha..perasan malam2 gini pon best gak!saja nk cuba lagi untuk pujuk ati ni...n aku pon xdela terasa nak nangis cam gini..ni over sangat kot!terlebih suda..dah terang lagi bersuluh, u're not my man CR..sorry..i cant accept u..go looking for another,ok..?i know u'll find a more suitable partner..i'm sorry i cant love u..wahhh!jiwang sorang2..padahal si CR tuh xde papepon!hahaha..okla, kalu dah merapu2 cam gini, tandanya aku dah ngantuk..ngantuk tahap gaban nih..biasanya, sebelum tidur aku jadi cam ni la..xde sapa nak dengar aku merapu, so aku lepaskan kat blog r..okla, jumpa anda di lain hari..safely through your day everyone..May Allah bless your day..<3

Saturday, February 05, 2011

xnak balik..

perasaan nak jejakkan kaki balik PSIS esok rasa lain sgt..xmacam masa mula2 nk daftar dulu..excited kot!
skang rasa sangat malas..tersangat2..xtaw kenapa..bila terpikir nak balik PSIS, ati ni xtenang..rasa macam sekejap sangat cuti ni..n rasa macam baru semalam je umi ambik aku kat erl..aihh..nape ni..kenapa sampai macam ni sekali perasaan aku..?xcukup kot seminggu nak relax2..bila lagi nak cuti..?kalu cuti panjang pon bulan 5 nanti..cuti final exam..sebulan lebih je kot..aihh..lama rasanya nak tunggu 2 bulan tu..aku rindu suasana cuti aku yang hampir setahun sebelum aku sambung belaja kat poli..aku rindu sangat keadaan tu..bia pon penat..mungkin sebab da terbiasa cuti lama sangat..huhu..yela mana xnya, balik keje tolong abah, aku merayap..g sana cni..suka ati aku je..so, bila da sambung blaja nih, rasa ralat r..semuanya terbatas..ya Allah, Kau hilangkan perasaan aku ni..Jadikan aku gembira untuk balik PSIS sok..hlangkan perasaan berdebar aku ni...huhhh..


*Atyn, fightingg!!

kami doakan yang terbaik..

Semua ahli keluarga mendoakan yang terbaik untuk ayah ngah..semoga ayah ngah sembuh daripada kanser usus buatan manusia yang tidak berhati perut ni..Hanya Allah yang dapat membalas perbuatan orang tu..Hidup di dunia xlama..hanya sementara..Jadi, buatlah sesuka hati anda..Sebab, setiap perbuatan baik atau jahat akan dibalas..Anda yang jahat!Nantikan saja balasan dari Allah yer..semoga Allah membalas yang setimpal dengan perbuatan anda..tunggu sahaja..kita hidup di dunia ni pun da xlama..tanda2 kiamat dah ada..semoga anda insaf n kembali ke jalan Allah..to my followers, fatin akan doakan yang baik2 je untuk kalian..semoga idup diberkati Allah..Salam..:)

Wednesday, February 02, 2011

suami pilihan..

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.



ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…



•Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

•Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

•Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

•Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.•Pemurah tetapi tidak boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

•Tidak liar matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

•Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

•Rakan pergaulannya

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

•Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

•Tenang wajah

Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

menanti mereka!

gambar ini ditangkap 2 taun yang lepas..masa along nurul, my kazen kawin..bukan nak citer pasal kawin ni..tapi, nk tunjuk inilah keluarga besar aku..yang sebenarnya, aku tengah menanti kedatangan mereka di rumah ni..aihhh...lmbatnya!berkurun aku tunggu..tunggu punya tunggu, xsmpai2 gak!cehh..semua persiapan dah wat..rendang da hampir siap..untuk malam nih punya acara pon asenya da nak siap..huhu..xpe2..asalkan diorang sampai dengan selamat..itu lebih baik..nak cepat2 pon nk ke mne..kan..?saba itu separuh daripada iman..


* kesabaran, sokongan dan bantuan antara keluarga tersangatlah penting..sebab..?sebab kita keluarga..darah yang mengalir dalam badan kita adalah darah yang sama..kita 1 keluarga..jadi, sekiranya de pape yang berlaku antara kita, kita akan menyokong dan membantu antara 1 sama lain..xkan diabaikan..itulah keluarga yang sebenar..
:)
macam pooh n kawan2nya..
diorang rapat bagaikan 1 keluarga..
<3!