Friday, March 15, 2013

Usahawan dan pelajar . Kau ada ?

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah .. hari ini hari Jumaat .. Hari ini akan ada pembentangan untuk subjek Investment dan Test untuk Islamic Accounting . Doakan aku dan kawan2 lain . Pantaslah kau masa akhirkan minggu ini secepat yang mungkin . Tidak tertahan lagi ,, terlalu sibuk .. penat . Penat bercampur dengan perasaan lain .. bila dah jadi penat macam ni fikiran sentiasa berubah ubah . Kerana penat berniaga, aku fikir lebih baik ada kelas dan belajar . Sehari lepas berakhirnya bazaar niaga, fikiran berubah lagi . Baik aku berniaga daripada belajar . Sebabnya ? Inilah . Nak kena menghadap test, kuiz, tutorial dan presentation .. Ishh, Istighfar banyak2 atyn .. Sabar .


Nak share sikit pengalaman berniaga . Walaupun ini bukanlah pengalaman pertama . Bukanlah pengalaman pertama juga nak menjerit jerit panggil customer . Tapi, ini adalah pengalaman kali pertama jerit2 dekat kafe, buat muka comel dengan harapan ada yang tersangkut dengan kecomelan dan singgah membeli . Menjadi ker taktik aku ni ? Walawehh . Jangan biadap . Of course la menjadi . Haha .. Minggu ini .. hari Isnin dan Selasa yang lepas bersamaan 11-12 Mac, kelas aku mengadakan hari jualan yang wajib disertai oleh pelajar2 yang mengambil subjek entrepreneur . Alhamdulillah .. selesai sudah Bazaar Siswa Niaga . Selesai dengan jayanya . Walaupun penat, tapi hasilnya berbaloi-baloi . Terbalas semua penat lelah kami sekumpulan. Alhamdulillah . Kata orang, penat berniaga ni hilang sekelip mata bila hasil jualan mendapat sambutan . Alhamdulillah syukur .. Walaupun tidaklah banyak untungnya tetapi memadai bagi kami sekumpulan . Sekali lagi, syukur Alhamdulillah .. :)


Kami sekumpulan membuat keputusan berniaga dan menjual makanan dan minuman. Walaupun setiap minggu, hari, minit dan saat menu berubah-ubah .. Cumanya aku terkilan tak dapat nak jual Nasi Kukus abah . Abah dah setuju nak sponsor semuanya .. tapi, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, rancangan nak menjual nasi tak jadi .. Kita tukar kepada menu lain .. nasi bertukar kepada roti pizza .. great ideas from the members . Thank you guys for the brilliant ideas .. Antara makanan dan minuman yang dijual ialah roti pizza, spagetti (paling laris) selama dua hari berturut-turut, coconut shake dan dadih special .


First day agak slow perniagaan . Tapi, hari kedua kami bangkit dengan semangat berkobar-kobar nak dapatkan keuntungan double dari hari pertama . Walaupun dalam hati kata, boleh ker nak dapatkan lebih dari hari pertama ? Kami agak ragu-ragu .. tapi, dalam masa yang sama kami percaya dengan rezeki Allah .
Alhamdulillah, semua nya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, semuanya kerana berkat kesabaran kami .. semuanya kerana zikir dan tasbih kami kepadaNya ketika menyiapkan hidangan kepada pelanggan tak pernah putus . Percayalah semuanya dari Allah . Nak tengok meriahnya gerai kami ? Layan gambar jomm !














Pulun2 siapkan coconut shake dan roti pizza 











Eleven Muses yang hebak dan daebak !







Akhir sekali, atyn teringin sangat nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang membantu menjayakan dan memeriahkan hari usahawan ni . Terima kasih atas semua commitment yang diberi . Maafkan atyn kalau ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan tacing2 selama atyn memimpin korang . Tiada ketua dalam kumpulan kita .. semuanya adalah ketua . Ketua yang diberi amanah untuk bertanggungjawab melakukan tugas masing masing . Maafkan juga kalu ada terasa dengan layanan yang agak beremosi . Kerana kesilapan lepas, atyn cuba untuk jadi yang terbaik . Kesilapan lepas dalam memimpin masih terngiang ngiang segar dalam ingatan . Atyn cuba juga untuk tidak menjadi stricts dan menjadi sporting .. Maafkan atyn atas semuanya . Atyn enjoy sangat selama bersama korang . Setiap patah perkataan beremosi yang terkeluar dari mulut, tidak dimaksudkan . Hanyalah gurauan semata . Jangan ambil hati ye kawan ? Hmm . Rasanya tak payahlah nak buat post mortem . Semua yang terbuku dan sesi maaf maafan dah terluah di sini .. Huahuahua .





## Dah lama sangat tak busy macam ni . Last busy dan tido sikit2 mcm ni beberapa tahun yang lepas menguruskan events dengan dia . Teringat dia yang sentiasa busy . Tak pernah mengeluh kepenatan, sentiasa sabar dan profesional melakukan tugas . Aku jadikan kau sumber inspirasi untuk uruskan hari usahawan ni . Aku jadikan kau role model untuk memimpin walaupun aku terkandas keluar dari landasan pimpinan sebenar kau . Bila aku marah, sakit hati dan mahu menangis aku teringat kau yang kuat dan sabar .. Aku masih mencuba .. ##

No comments:

Post a Comment