Sunday, July 29, 2012

Ramadhan Hujung Minggu

Assalamualaikum semua semuanya ! Apa khabar di bulan mulia ni ? Macam mana berbuka tadi ? Banyak lauk pauk terhidang ? Jangan membazir sudah la yea ! Hari ni aku berbuka makan maggi kari n goreng nugget je .. Tak de mood nak pergi kedai abah berbuka dekat sana .. Tapi, Alhamdulillah kenyang juga .. Rumah ni dah terasa sunyinya .. Rumah ni meriah since jumaat yang lepas dengan kehadiran sepupu sepapat, mak cik dan pakcik yang datang dari Parit Buntar Perak dan Gombak .. Meriahnya sementara .. Aku dah mula rasa bosan .. n bertambah tambah lagi kebosanan bila memikirkan esok dah kerja ! Kejapnyaa cutii ! nak cuti .. nak cutii ! Macam inilah kot rasanya bila dah bekerja suatu hari nanti .. but still tak fikir nak jadi surirumah sepenuh masa .. nak kerja jugak .. tak kisahlah kerja apa pun ..


Tiba2 terpanggil nak berkongsi cerita Ramadhan aku bersama keluarga .. Lebih2 lagi dengan 3 orang sepupu  yang kecik2 ni .. macam2 ragamnya .. Memandangkan dah lama x update blog ni .. so, tunggu apa lagi ?


1) Hidangkan makanan
Tugas aku pagi2 untuk bersahur ni tanak nasi, hidangkan makanan dan buat air panas macam milo atau teh ..  itu je .. simple .. bab masak2 ni serahkan pada umi je .. pukul 4.30 pagi jam loceng yang aku setkan dekat handset berbunyi nyaring .. menjerit jerit sehingga menganggu tido penghuni bilik yang lain . Aku ? Relaks sudah .. Sambung tido macam biasa .. 15 minit before pukul 5 baru lah bangun .. Hahaha .



2) Bangun2 !
Sudah selesai tugas yang pertama, tugas yang seterusnya ialah gerakkan penghuni umah bangun bersahur . Aihh . Bab ni yang aku lemah .. Aku paling xsuka nak gerak orang bangun tido .. Sebab ? aku xnak ganggu diorang tido .. Xnak ganggu mimpi diorang .. sebabnya juga aku xsuka orang ganggu tido aku .. Nak senang, alarmkan jam . Xpayah susah2kan orang .. sendiri bangun maaa .. tapi, xgerak kang xbersahur pulek .. So? Gerakk jela ..


  
Yang tengah2 ni senang je nak gerak .. sekali je kejut, terus bangun ..
Yang sebelah kanan ni memang payah .. Kau letak jela 
alarm yang berbunyi nyaring tepi telinga dia tetap x bangun juga .. tido mati.
kena tolak2, gerak2 kan badan n gertak ckit baru bangun .. Aihh .
Dan yang sebelah kiri ni yang paling lemah .. sepupu bongsukan ..
so, manja lah .. kalu x memuncung n menangis x sah ! Oh ye, yang bongsu
ni kena disuap ye bila bersahur .. Kalu x, xjalan nasi dalam pinggan tuuu .. Huhuhu .


3) Pertanyaan setiap 15 minit .


Hahaha . Yang inilah yang paling kelakar dan paling penat nak jawab .. Bila masa hampir ke petang .. around 2 pm, they keep asked me .. "angah, berapa jam lagi nak berbuka ?" . Setiap 15 minit itu jela pertanyaan salah seorang daripada mereka sehingga lagi 15 minit nak berbuka . Itu soalan dari mereka sepanjang hari dan menguji kesabaran aku untuk menjawabnya .. Hahaha .



3) Bazaar Ramadhan .
Ini aktiviti wajib aku bila diorang ada dekat sini .. Sebagai aktiviti bonus dan ganjaran bagi mereka yang berpuasa .. Aku siap pesan, "Siapa berbuka, angah x bawa g bazaar " . Diorang siap tanya, " Angah, bazaar ke pasar ?" Bunyi nya sama tapi maksudnya lain2 . Dah petang, aku drivelah dari rumah ke bazaar yang terletak dekat stadium bbst . Jammed gila woo kat sana .. Susah nak carik parking .. Dah petang, tenaga semakin kurang, terpaksa pimpin sorang2 .. Aihh . Budak2 nii .. Dah sampai bazaar, aku akan tanya .. "auni, ainun, aina nak apa ? haaa . adalah makanan fevret diorang yang wajib terhidang atas meja waktu berbuka nanti ..


TEPUNG PELITA 


ROTI JOHN


TAU FU FAH GULA MERAH



Hidanglah Mcd ke pizza hut kee ..
semuanya ditolak .. nasi kukus ARI juga menjadi pilihan mereka ..
mereka juga duta ARI NASI KUKUS secara x rasmi ..
(:

4) Berjemaah .
Peluang berjemaah terawih satu keluarga akhirnya tercapai ! Dah lama teringin nak berterawih dengan keluarga .. (: berterawih n moreh bersama .. Malam tadi terawih diimamkan sendiri oleh ayah long .. Ayah long memang imam dekat masjid n surau berdekatan dengan rumah nya .. Selepas terawih, kami adakan bacaan yassin pula .. Seronok sangat . Oh ye, subuh pagi tadi juga solat berjemaah .. Ramai2 .. Bila lah lagi agaknya boleh sembahyang berjemaah macam ini yaaa .. Dah rindu nak berjemaah lagi ..




5) Moreh

Malam tadi moreh ala2 western .. Kami dihidangkan wedges dan kentang goreng selesainya berterawih n membaca yassin .. Tahu tak berapa lama nak abihkan makanan yang terhidang atas meja ni ? 10 minit je .. Budak2 ni semuanya digelar pirana .. penat berterawih katanya .. Hahaha . Tak kisahla, janji makanan tu licinn ! Abihh dan tak de berlakunya pembaziran .. Ye dakk ? 



Cukup sudah ceritera Ramadhan aku di hujung minggu yang dikelilingi saudara mara yang terdekat . Barulah aku tahu, kepentingan berbuka bukanlah terletak pada makanan yang terhidang tapi dapat berbuka beramai ramai bersama keluarga .. itulah kemeriahan yang sepatutnya dirasai di bulan ini . Terfikir, siapalah pula gerangan tetamu yang akan hadir minggu ni ? berbuka beramai ramai atau berempat sahaja ? Aihh . Ohh ye, inilah tradisi keluarga Mat Diah apabila dapat berkumpul macam ni .. Kami akan adakan majlis tahlil, bacaan yassin kecil kecilan untuk keluarga yang sudah pergi .. Takdelah berkumpul, berbual kosong .. mengata dan mengumpat sana sini .. (: 


Esok pula dah kerja .. mood nak kerja x sehebat masa mula2 bekerja .. sudah kosong .. kosong .. kosong .. Aihh . Banyak benda yang bermain dalam fikiran yang menyebabkan aku rasa xnak kerja esok .. dan rasa macam nak tukar tempat praktikal .. Ya Allah, di bulan mulia ini, permudahkan urusan aku .. Tunjukkan jalan yang benar untuk aku .. Bukalah laluan seluas luasnya untuk aku supaya aku berjaya mengakhirinya dengan baik .. Amin .


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Oh ye, belum terlambat lagi nak ucap selamat berpuasa untuk semuanya .. Terimalah kad ucapan alam maya ini ikhlas dari atyntyntyn . Puasa penuh2 dengan ikhlas taw ! Semoga bertambah pahala di bulan Ramadhan kali ini .. Assalamualaikum ! :*