Thursday, May 31, 2012

Hilmanku ..

Assalamualaikum .. :)

Lama rasanya tak update blog .. sibuk berniaga la yangg .. :) Hari ni dengan gembira dan suka hatinya aku nak cerita pasal kesayangan, intan, payung dan impian aku . Hilman Yong Abdullah namanya . Hilman yang aku kenali seorang lelaki yang budiman, romantik dan muallaf yang sejati .. Seorang lelaki yang berharta tetapi sangat merendah diri .. Memeluk Islam bukan kerana cinta dan nafsu semata mata . Tetapi, kerana beliau tertarik dengan agama Islam yang indah . Title Islam bukanlah hanya pada kertas sahaja, bahkan beliau sangat cintakan dan mengabdikan diri dalam Islam . Seorang muallaf yang menerima Islam dengan ikhlas dan sanggup berkorban mencari ilmu di seluruh benua sehinggakan pengetahuannya tentang Islam lebih tinggi berbanding orang Islam yang sememangnya Islam sejak dari perut ibu. Juga seorang yang sangat kuat berusaha dan bekerja keras untuk mencapai impian dan keinginan . Seorang yang kuat penyabar dan penasihat yang baik . Sentiasa menyediakan keperluan pasangannya kerana merasakan itulah tanggungjawabnya . Seorang yang sangat sangat gentleman, menjaga adab dan batas batas pergaulan apabila bersama dengan wanita yang bukan muhrimya . Sentiasa menghormati wanita dan meletakkan wanita di tempat yang teratas untuk dilindungi dan disayangi walaupun bukan kekasihnya . Beliau sangat menghormati wanita ..




*******************************




Tetapi, sayanggnyaa ! seribu kali sayanggg .. aku hanya mengenali Hilman Yong Abdullah dalam novel "Awak Suka Saya Tak ?" . Watak yang panjang panjang aku tulis kat atas tuh hanyalah watak utama atau main role dalam novel je .. Sedihnyaa .. :) Sedih, tapi senyum ? Erkk .

 Novel yang setebal 1000+ aku baru abih baca minggu lepas . Thanks to my friend for lending me this novel . What a beautiful novel ! Empunya novel pon xbaca lagi ok .. aku dah baca ! hahaha .. Actually, aku stat baca novel nih sebulan before final .. tapi, disebabkan nak final, aku xboleh nak abiskan .. dapat baca sikit sikit je .. finally, aku dah abis baca .. baru je abih . ishh, malu betol ! haha .. banyak ilmu yang aku dapat .. pengajaran dan iktibar .. pelbagai ! sekarang, novel nih dah masuk dalam bucket list 10 novel yang aku suka ! Tahniah2 ! Hari nih puasa .. tengah berkira nak makan apa yer untuk berbuka .. okla, nak google makanan yang sedap2 untuk berbuka .. Untuk readers yang berpuasa, selamat berpuasa sunat ! Sesiapa yang masih belum abis puasa ganti, cepat cepat ganti ! Dah bulan Rejab nih ooit ! :) Wassalam ..





Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" -
 Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." - 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." - 
Intan Zulaikha



:)

Thursday, May 17, 2012

Keciwa

Aku terlalu sedih dan kecewa . Perkara ni membuatkan aku terasa dihimpap sebuah batu yang besar . Terasa seperti nafas tersekat sekat . Terasa berada di awang awangan . Keseorangan . Hentikan . Hentikannya .. Aku tak mampu nak laluinya . Aku sedar diri .. Aku tak layak . Pergilah kau jauh jauh . Usah singgah di malam mimpiku . Usah memberiku harapan . Usah bertanya kabar .. Usah bersua muka lagi .. Mari hentikannya . Aku dah tak sanggup . Aku dah tak tahan . Mari hancur dan musnahkan impian aku . Biarkan aku bebas terbang tanpa halangan ..



Bismillahirrahmanirrahim . Atyn, mula kan hidup yang baru . Hidup yang lebih ceria, sihat dan semangat ! Kenangan dulu biarkan ia pergi .. Terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang .. Wassalam

Thursday, May 10, 2012

Renungan Bersama ..

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak nya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya..

Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya.

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu…



Sedih melihat gambar ini .
Mangsa mungkin menjadi mangsa kejam dan tidak berhati perut Rejim Zionis .
Mari kita doakan semoga Arwah berada di kalangan orang orang yang beriman 
dan ditempatkan di kalangan SYAHID .
Dan semoga adik ni menjadi muslimin yang kuat dan soleh ..
AMIN .

Tuesday, May 08, 2012

SEDIH .

Assalamualaikum .. Apa khabar semuanya ? Alhamdulillah saya sihat .. genap sudah seminggu berada di rumah menghabiskan cuti semester yang panjang ni .. Gembira rasanya .. Tapi, dalam kegembiraan terselit kesedihan tiada siapa yang tahu. Sedih, pilu, kecewa, kesal dan bermacam macam perasaan yang ada termasuklah marah. Layakkah saya nak marah ? Astaghfirullah .. istighfar banyak banyak . Marah adalah sifat syaitan .. 


Teringat peristiwa perhimpunan BERSIH tempoh hari . Hati ini tiba-tiba sedih mengenangkan keadaan persekitaran Malaysia .. perbuatan, fitnah, cacian, pukulan tersangatlah menyedihkan hati ini . Saya bukanlah politicholic .. Cuma, berkongsi rasa .. Tidak juga menyebelahi mana mana pihak . Saya masih student, tapi saya masih nak ambil tahu hal hal politik di Malaysia .. Senang, apabila di tanya di hadapan Allah kelak, saya tidak teragak agak untuk menjawab . Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil tahu, menilai perkara mana yang baik dan perkara mana yang buruk . Salah kah saya ?


Politik saya rasa semakin teruk di Malaysia ni menjadi bebanan fikiran saya . Setiap hari saya berfikir . Kenapa terjadi ? Bagaimana nak selesaikan ? Apakah punca ? Bila nak selesai dan berbaik ? Siapa dalang dan salah siapa ? Teringat kisah pelajar UPSI yang pernah hangat kerana menurunkan bendera bergambar PM Malaysia, Najib Tun Razak .. tidak silap saya, pelajar tersebut ditahan dan dihentikan sesi semester dia di UPSI .. kesiankan ? Tapi, hukum dan peraturan tetap dijalankan seperti biasa . Mungkin, cara beliau menurunkan bendera gambar PM adalah salah . Apa pula kata pelancong yang datang ke Malaysia apabila beliau menurunkan bendera PM di hadapan ramai ? Pandangan pelancong mungkin dah serong terhadap PM dan negara kita ..


Saya bukan apa, cuma saya sentiasa terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan kacau bilau, huru hara, hiruk piruk politik berterusan dan tidak dihentikan . Apakah yang akan berlaku dengan negara tercinta saya, Malaysia ? Dan apakah yang akan berlaku terhadap saudara sebangsa saya ? Adakah nasib saudara Muslim saya dapat dipertahankan ? Saya takut .. Saya sayang Malaysia .. Saya sayang Islam agama saya sejak  dari perut umi saya . Adakah kita akan menempa nasib yang sama seperti negara Afghanistan ? Palestin ? Iraq ? Saya sedih dan takut tetapi dalam masa yang sama gembira sekiranya Syahid menjadi milik saya . InsyaAllah .


Tolong Hentikan Fitnah Memfitnah antara kita .. Melayu dan Melayu sama lah Islam dengan Islam . Hentikannya sekarang kerana Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh . Astagfirullah ! Dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh orang .. Percayalah, satu hari nanti kita semua akan berkumpul di Padang Mahsyar dan dikumpulkan masing masing dalam keadaan tidak berpakaian .. tiada perasaan malu di antara kita .. dan sedang menunggu untuk disoal oleh Allah tentang pekerjaan yang kita lakukan di dunia . Semoga Allah teguhkan iman kita untuk menjadi HambaNya yang soleh dan solehah . Juga menjadi hambaNya yang sentiasa mengikut hukum yang ditetapkan serta mengerjakan perkara yang disuruhnya dan meninggalkan perkara yang dilarangNya . Amin . Insya Allah ..




*********************************************************************************





Apa yang saya tulis ini tidaklah menjurus kepada hal politik semata mata .. Hanya luahan rasa dan perasaan .. ianya juga melibatkan hal akhirat dan duniawi . Ini adalah peringatan bersama . Bumi sudah tua . Kita sudah berada di akhir zaman . Mudah mudahan segala ibadat yang kita kerjakan diterima olehNya . Amin . InsyaAllah .