Wednesday, July 31, 2013

Iftar yang Happening !

Assalamualaikum ! Salam Subuh dan Salam 22 Ramadhan :)

Semalam seperti yang dirancang, majlis iftar kelas DIB6B bersama pensyarah2 diadakan .. Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancang .. makanan tidak berlebihan .. tiada pembaziran .. yang penting makanan yang terhidang cukup untuk semua tidak seperti sem 2 yang lepas .. Tiada yang terkecuali semuanya menyertai .. Alhamdulillah .

Bila lagi yer lepas ni nak berbuka ramai2 lagi macam ni selepas selesai diploma ? Sobs .. sobss .. Nak buka dengan korang je .. yang tiga ekoq tu tak payah ! merosakkan majlis je .. 





Pensyarah JP turut menyertai iftar bersama kami
(Gambar bawah)




UhibbukiFillahAbadanAbada .. In sha Allah .



Gambar makanan tak ada .. memandangkan semua bertenaga nak bergambar selepas berbuka . Ahaha .. okey2 dah ! Sambung study business finance . Assalamualaikum .. :D

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 2013 .

Assalamualaikum .. salam Ramadhan buat kawan2 yang jauh .. kawan sekolah rendah, menengah, kawan2 yang mengenali diri ini tidak kiralah dimana anda berada . Alhamdulillah, hari ini hari ke-14 semua umat Islam menyambut Ramadhan .. Alhamdulillah juga kerana Allah masih memberi kesempatan, kesihatan fizikal dan mental untuk menyambut bulan yang mulia ini .. yang paling penting, tahun ni tahun akhir menyambut Ramadhan bersama kawan2 politeknik .. manfaatkan masa masa akhir yang ada ini ..


Dalam kesibukan mencari bahan untuk menyiapkan projek akhir, aku ambil kesempatan meluangkan masa ciput yanga ada ni untuk mengemaskini akaun blogger yang hampir 4 tahun bersama .. susah senang kita bersama mr blogger .. i love u !


So, no wonder la perasaan nak tutup akaun blog ni berat sangat .. banyak yang aku cerita kat sini .. perasaan marah, sedih dan soal hati pon ada .. ehemm2 .. past is past .. atyn tahun 2013 ini adalah tahun kelahiran atyn yang baru .. no more feeling . no more loves .. i just want to built something to make people around proud to me .. proud to having me in their life .. proud to knowing me .. i've set my mind . what is it ? nak kurus ?? ohh tidak . sebab aku dapat rasa aku memang dilahirkan bambam omey2 macam ni .. bagi aku, kalu dah sayang seribu kali sayang sehingga lautan api sanggup diredahi, mereka tak kisah dah semua ni .. sebab tulah love is blind . accept me because of my personality, behaviour . Bukan hanya kecantikan sahaja ! (tak cantik, comel je lebih) :P


Tetiba je bersemangat cakap pasal ni siap dengan tanda seru nak tunjuk yang aku marah sangat dengan those people especially men yang terlalu bersikap picky ni .. seperti mana wanita boleh menerima serba kekurangan seorang namja (lelaki), begitu jugalah mereka (namja) kena terima serba kekurangan seorang wanita . Aisshh, ni mesti kes terbawa bawa dengan kelas usul fiqh pagi tadi bila ustaz ada cerita pasal perkahwinan . ok, kita stop cakap pasal kahwin dan buka cerita Ramadhan atyn . Konpius ni, patut ker aku tukar tajuk Ramadhan tu kepada luahan isi hati ? ohh, silap . Nak jadi lebih baik n tak kontroversi, cerita dan mengadulah dengan Allah . Allah maha Mendengar ..

krik .. krikkk .. krikkk ..

_______________________________________________________________________________

Hari ni bersahur, nestum dan berkongsi nasi dengan adik junior, Aja .. Alhamdulillah . Bersahur makan ala2 fakir miskin . Berbuka makan ala2 Raja .. haa ..  Jangan ikut macam aku .. ajaran sesat ni .. biasalah, pagi2 mana ada rasa nak makan .. even tak puasa pon breakfast selalu saja skipped . yang ni lagilah, pagi2 pukul 5 bangun x basuh mulut terus makan ngapp . nak kejar masa tido .. Astaghfirullah .. hari ni jela kejar masa sebabnya dua tiga hari tido tak lena selalu je terganggu .. hari lain, kalu sempat lepas sahur buat solat sunat sementara nak tunggu Subuh ..


Setiap hari sebelum Zohor dah fikir menu nak makan untuk berbuka .. secara jujurnya, aku dah boring sangat2 dengan makanan kafe .. puasa ker tak puasa menunya sama tak berubah .. semalam turun bazaar aku bagaikan dirasuk dewa n dewi makanan ! semua nak .. bagaikan burung yang terlepas dari sangkarnya .. nasib baik dikelilingi rakan2 yang selalu mengingatkan aku .. syukur, mereka ada sebab RM15 je habis kat bazaar semalam *SIGH


Kurang dua minggu je lagi nak bercuti pertengahan semester .. cuti mid sem and raya dibuat sekali guss ., cehh . tak dapatlah nak beraya puas2 .. habis je raya ke-4, dah kena balik poli fikir pasal projek akhir ni .. tula, masa mula2 masuk semester satu nak sangat kan jadi pelajar semester 6 ? haaa, amikkk atynn .. amik ni ..


Okla, azan Zohor dah berkumandang .. orang semakin ramai memenuhi Pusat Islam .. mohlah kita pergi menghadapnya .. Akhir sekali, selamat berpuasa semua .. Maafkan segala khilaf saya .. semoga ibadah kita diterima yang Maha Kuasa .. Assalamualaikum ..



Salam RamadhanulKareem ..
:)



Tuesday, May 21, 2013

Throwback . Retreat .

Assalamualaikum peeps ! Akaun ni hampir2 je deactivated .. Malasnya nak update baru .. bukan tak ada masa .. masa terluang terlalu banyak .. sangat banyak .. manyak sangattt ! dah tak de idea lagi macam mana nak bagi gambaran kat korang betapa banyaknya masa aku la ni .. almaklum la, semester break kan . sebulan lebih pulak tu .. online fb, insta, wechat n whatapps ohh lupa line pon dah ada .. tak tahu ? alaa tengokla iklan kat tv .. siwon suju duta LINE .. tak minat korea ? tak minat tak payah tengok . download kat market or play googles . sekarang, barang sudah canggih .. tepon sudah pintar .. tepon pon boleh pintar meh ? Hantar skool .. then upah tutor lagi .. mana tak pintar tepon ? Hmm .. >,<


Disebabkan aku tak nak menurut sangat kata hati yang selalu je berbisik dan menghasut .. maka aku pon hasilkan la satu post .. satu je .. nak lagi post dari aku ? next month pulak .. tak rajin nak update sekarang .. bukannya ada orang nak baca pon . sedih . Kalu ikut hati, semuanya nak deactivate .. semua apps yang ada termasuklah fb .. sebab ? boring . gila ker tak betol atyn ni sendiri cakap fb boring ? wahahaha . senang citer cam ni .. aku rasa da macam tak sebati dan sejiwa dah dengan fb .. xde yang baru or lebih pinterr ker ? nak sign up ni .. buat sendiri la kan kalu nak advance ? piirahhhh ....


Ringkasan aktiviti dan hari hari yang aku lalui sepanjang pertengah tahun 2013 adalah tajuk utama post kali ini memandangkan i have no ideas what supposed i wrote here . So, korang tengok dan baca jela idea dan cerita kurang menarik aku kali ni . Post kali ni mungkin akan melibatkan banyakkk gambar . Warn awal2 supaya korang tak delah rasa annoying tengok gambar gambar aku yang va va vooomm tu .. wahahaha . gelak sorang, layan jela .



JANUARI 2013

Pangkor Islands . Percutian pertama aku dan rakan rakan yang lain .. merancang percutian dengan bajet bawah RM200 .. percaya ? mesti tidak kan ? Bercuti di Pangkor dan Lumut selama 3 hari dua malam . Inilah percutian dengan bajet yang ciput pernah aku ikut . This holiday was awesome ever ! Hotel, makan, naik bot, banana bot, feri, minyak kereta, snorkeling, sewa motor dan banyak lagi ! Kami hanya pergi bertujuh sahaja . 3 lelaki dan 4 perempuan . Kalu ramai lagi best kan ? Hmm .





Snorkeling . Serius, rindu gilerr nak snorkeling ..
Aku dapat hadiah dari landak laut masa snorkeling kat pangkor .
thanks landaks . hadiahnya kekal sehingga kini .. :'(



FEBRUARY 2013

Engagement . 

Not my engagement . But my cousin engagement day .. kuikuikui . In sha Allah hujung tahun ni majlis besaq .. doakan2 okie ? 






Alang's engagement day .




MARCH 2013

Hari Keusahawanan . 

Aku pernah post pasal hari keusahawanan sebelum ni . klik sini nak tengok entry ni . 



Eleven Muses 



2 days 1 night at Golden Palm Tree, Sepang .






ini percutian sayang lemak berkrim u ..
nak pergi mana2 tak payah jalan ..
naik je kenderaan yang dipanggil buggy tak silap ..
24 hours service ok .




kat sini sangat2 best . cantik sangat ..
betul2 kat tengah laut ..
anyone nak stay kat sini dengan harga yang 
sangat berpatutan bleh pm .. tq .
:)



APRIL 2013

Wedding Planner .

Pasal wedding planner ni takde ringkasan . aku nak citer dari awal .. sebab menguruskan majlis kali ini adalah yang paling best and awesome event yang penah aku join sekaki .. majlis makan malam for the semester 6 .. dan aku adalah pengerusi majlis atau lebih dikenali sebagai MC untuk majlis ni bersama sahabat yang pertama kali menjadi MC . U did good job friend !


Meeting dan packing goodies .


Sebelum



Selepas
Done at 5:30 am ..


















Kami dan pensyarah pensyarah JP


FINAL EXAM


Final exam mula pada 22 mei dan berakhir pada 30 mei .
fiuhh .. 




Exam dah lama berakhir .. sekarang tengah panas punggung tak senang duduk tunggu result nak keluaq . Takut sangat .. hormon adrenaline aku sentiasa aktif bila fikir pasal result . nervous dan takut sangat sangat . Mudah mudahan semuanya baik . Doakan aku . Dah citer pasal exam, maka habis sudah entry ini . Perut aku lapaqqq gila ni .. duk main lagu tak berhenti henti . K la nak pi selongkaq ada apa kat dapo .. bye, Assalamualaikum !



Hijau dan Biru warna kegemaranku !