Sunday, September 11, 2011

breast cancer..

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.


Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.








** kalu terdapat tanda2 barah payudara nih kat korang, better g check..penyakit ni bukanlah kerana faktor keturunan semata2..jangan ingat yang muda2 xkan dapat penyakit cancer ni..huhu..selalunya yang muda2 la berpotensi dapat penyakit ni sebab makan ikut suka jekan..xpikir baik buruk makanan tu..ini adalah perkongsian dan peringatan bersama..:) **

Saturday, September 10, 2011

hari raya datang lagi..

Assalamualaikum..uwaaa..tersangat buhsan yer ari ni..sume orang balik..mesti dorang seronok sambung rye lagi..g open house sana sini..untunglah..aku pon nak balik jugak!sobsobsob..xpe tyn..seminggu lagi..minggu depan awak balik ye..sabar2..:)

Stoly moly aku pada hari ini ialah pasal sambutan rye taun ni..
Tempat : Pasir Mas n K.Bharu, Kelate
(orang sibuk post pasal rye, aku pon sibuk nak post jugak!)
ngeeee~

30 Ogos 2011..
Pagi2 lagi aku dah bangun..xleh tido..sebabnya, xsabo nak beraya..xpayah susah2 umi nak kejutkan..aku bangun sendiri..ari tu jela bangun sendiri..ari lain dah wat perangai balik..hahaha..
pagi2 bangun siapkan diri..tolong cik ngah kat dapo untuk sarapan ramai2..sunat ye makan ramai2 pagi raya..:)hmm..lepas makan, aku dan yang lain2 bersiap pula nak pergi menunaikan solat sunat hari raya..wahh..sangat meriah di sana..after solat, aku n family bersiap cepat2 nak ke umah abah dekat pasir mas..biasanya, malam raya kitaorang tido kat umah abah..tapi, raya tahun ni kami tukar agenda..bermalam kat umah umi d kb pula..kereta melintasi jalan2 yang sunyi..agak pelik sebab biasanya di kb jalannya sesak!bukan kb ye kalu xsesak..kata umi, orang xkuar beraya lagi masa ni..memanglah lengang..xde kereta..

wajah2 bahagia di hari lebaran :)




Lebaran ke-2 dan seterusnya..
Hari raya kedua kami semua akan beraya di Kota Bharu..memang menjadi rutin dan perkara wajib..raya pertama di PM..dan raya kedua di KB..so, xdelah gaduh2..umi n abah pon memang asal Klantan..setengah jam je pon jarak umah umi n abah..so, xde banyak masalah..:)pagi2 kami sume bersiap nak ke menziarah kubur n saudara sebelah umi di Pantai Senok..kepada sesiapyang xtahu tempat ni kat mana, buat2 tahu jelah..susah nak explain kat sini..tempat pertama yang kami tuju sebelum ziarah ke rumah sedara ialah kubur..sumenya sedih bila kaki menjejaki tanah perkuburan yang menempatkan ayahngah, ayah do, mek n makcik kembar aku yang xsempat nak berjumpa..dan bertambah sedih apabila melihat kubur arwah pakcik aku, ayahngah..xsangka tahun ni, kita xdapat beraya bersama..tahun lepas adalah tahun terakhir kita dapat beraya..kalulah kami semua tahu, tahun lepas adalah tahun yang terakhir ayahngah beraya bersama kami..pasti kita akan beraya puas2..teringat kata2 ayahngah beberapa hari raya tahun lepas.."aku xnak balik beraya tahun depan dah.."kata2 tu sebnarnya adalah petunjuk bahawa ayahngah memang dah xkan beraya dengan kami semua..dan kata2 itu sume adalah benar..aku sedih..sume berlaku sekelip mata!kalulah kita sume tahu bile, dan bagaimana kita sume akan pergi menghadapNya..pasti hanya kebaikan yang menjadi pilihan..aku penah tulih pasal sakit dan doa kami buat ayahngah masa ayahngah masih idup dulu..http://sibloggerpinky.blogspot.com/2011/02/kami-doakan-yang-terbaik.html..entry ni bertarikh 5 februari 2011..sejujurnya, aku merindui kata2 lawak dan jenaka dari arwah..:(

Syawal seterusnya diteruskan dengan aktiviti keluarga..aktiviti wajib!bermain bunga api..:)kita orang just tengok jela budak2 ni duk berlawan main bunga api burung..kitaorang jadi penonton jelakan..free2 dapat tengok bunga api tu..xpayah da nak pegi dataran merdeka ataupon dataran putrajaya semata2 nak tengok bunga api..ada depan mata je..bukan 1, bukan 2..xsilap lebih 10 das dorang main..bukan 1 ari..tapi, berhari2 dorang duk main bunga api tu..memang best!dan yang paling penting, memang banyak la kan duit dorang terbakar akibat membakar mercun n bunga api tu..huhu..kesian..kan?sambil tengok bunga api, sambil tu, kami sibuk duk bakaq satay..satay ayam ada, satay daging ada, satay ikan pon ada..:)








dan sebelum berangkat balik ke sepang, umah terbuka yang pertama dan terakhir(buat masa ni) aku berkunjung adalah umah dua pupu aku pengasas produk Tia Amelia, cik Isma..macam biasalah, tiap tahun dia akan wat umah terbuka secara besar-besaran kat kampung dia..makanan dia?xpayah tangkaplah..banyak sangat..xtermakan semuanya...huhu..



cik Isma..:)

Alhamdulillah, sekian sudah ceritera hari raya aku tahun ni..tahun depan aku cerita lagi, ok? InsyaAllah..haha..maaf kalu ada tersalah kata, tersalah laku yang menyakitkan ati..mintak maaf banyak2..janganlah di simpan dalam ati di bulan yang mulia ni..oklah, penat giler kot nak wat entry kali ni..lebih kurang 6 jam aku try post entry ni..line wifi kat psis xclear..nak clear2 kat umah la beb..kan?haha..oklah, time untuk study before masuk tido..minggu depan ada pelbagai test n kuiz..mudah2an aku boleh jawab..n mudah2an tangan ni ringan nak buka buku n baca..kalu xbaca, macam mana nak jawab?macam mana nak tinggi pointer sem ni?aihhh..okla, Assalamualaikum..:)