Tuesday, September 25, 2012

Thank you Allah ..

Assalamualaikum ..



ALHAMDULILLAH !

Alhamdulillah .. Hari ni genap umur 20 tahun .
Tadi kat opis ramai yang terkejut, laaa .. baru 20 ?
hehe .
Perangai tak matang macam aku ni masih di awal 20-an ..
awal sangat .. belum setahun jagung berada di awal puluhan ..
I still youngg .. yahhooo ! (tetibe je)
Alhamdulillah syukur ya Allah .. 
Masih diberi kesempatan bernyawa di muka bumi ini ..
Masih berkesempatan melihat orang2 yang tersayang ..
ALHAMDULILLAH .

Tak mau entry panjang2 ..
Cuma nak ucapkan terima kasih banyak2 untuk
kawan2 yang ingat bufday atyntyntyn ni ..
yang wish and doa macam2 ..
SYUKRAN semuanya ..
I Love you lahh !


Thanks kak Arina sayang for the LICIOUS cake !
And thanks juga untuk Abg Fairuz for the lunch !
(:












Untuk kawan2 yang wish . 
Di mana anda berada . 
Thanks yaaa .. 
:)








Thursday, September 20, 2012

HATI INI .

Assalamualaikum ..


Sekarang jam dah menunjukkan ke angka 12 malam . Esok dah kerja .. Hari2 berjanji dengan diri untuk tidur lebih awal . Tapi, tak pernah nak menepati janji tu .. Ya Allah, mata dah berat tapi tak boleh tido . Rindunyaa dengan lappy 'baba' aku nii .. Dah lama tak bukak .. kesian anak mak ni .. :)


Entry before ni semuanya pasal hati .. pasal pendapat tentang cinta . Aku bukanlah gadis macam tu dan gadis yang mudah melatah . That's only my opinion . Apa yang aku rasa .. Aku cuma, tak percaya pada cinta awal . I mean, bercinta sakan then putus . Tak sakit hatikah macam tu ? Kesian hati . Menangis dalam diam . Mungkin tersedu sedan hati ini. Siapa tahu ? Tiba tiba je terpikir .. Kalaulah pengakhiran hidup aku bersama si dia semanis drama drama hebat Korea . Bestnya . Hati batu dan keras macam aku ni pon ada perasaan tahu .



Berangan pula nak jadi macam Kim Sun Ah dalam drama Scent of Woman . Seorang wanita yang hodoh, selalu dibuli di tempat kerja dan mempunyai kanser perut . Sakit, hodoh dan bengong . Tapi ? berjumpa dengan seorang lelaki yang kacak . Yang penting, lelaki tu sayangkan heroin tu walaupun tahu heroin tu takkan lama hayatnya . Woww, how sweet .. 




"Ya Allah . Aku tak mintak lebih . Aku tak minta rupa, harta mahupun kemewahan . Cukuplah sekadar seorang lelaki yang boleh mengimamkan solat aku dan anak-anak . 
Yang boleh menjadi PM yang baik, adil dan soleh dalam membentuk rakyatnya(keluarga) 
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat . Aku percaya pada ketentuanMu . 
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik . Aku percaya pada apa yang ditetapkan oleh-Mu . 
Semua yang berlaku dan terjadi adalah tetapan-Mu sejak azali .. 
Engkau lebih mengenali dan memahami kemampuan kami .. Aku mohon padaMu ya Allah . 
Amin Ya Rabbal Alamin .."





Mungkin, jadi tak boleh tidur sebab tak released apa yang dalam fikiran . Aku tension ? Tidak, aku seronok .. Aku seronok berjumpa dengan kawan2 dan pengalaman baru . Mungkin esok adalah hari yang lebih baik ? Yeaah, InsyaAllah . Atyn, tak mahu tension2 lagi .. Everything will just go fine and better tomorrow, tomorrow and tomorrow .. InsyaAllah . Dua bulan lebih je lagi :D . heeee ~




Monday, September 17, 2012

Pabila Larut Malam ..

Assalamualaikum peeepsss ! Aiihh, esok dah kerja .. Masa sangat mencemburui kita2 yang bekerja, bersekolah, belajar dan lain lain .. Sesiapa yang rasa macam tu angkat tangan please ! ^ ^


Tiba tiba sahaja mencemburui rakan bloggers yang sibuks update itu ini .. Aku memang kuat jeless okeh ! So, tak tahu title apa yang sesuai untuk diletakkan .. And, tak de lah banyak sangat nak membebel and nak bualkan kat sini .. Korang layan jela gambar2 cuti hari minggu aku ni .. Kerana gambar tidak pernah menipu dan gambar juga bukti segala kesahihan .. no edits ok ! Cuti 3 hari yang tak mencukupi . Langsung tidakk .. Mari sini, KORANG TOLONG TUMBUKkan MUKA AKU .. atyn, bersyukurlah sikit ye .. 3 hari tu dah memadai dan mencukupi untuk kau .. (pujuk hati) .


Sedar tak sedar, dah 2 bulan aku berpraktikal kat situ .. Cant wait nak abihkan semua ini cepat2 .. Cepatlah masaaaa, cepatlaaaa .. (:



Balik kerja hari Jumaat .. Buat appointment dengan Taiko .. Nak jumpa and lepak-ing .. Dah lama tak lepak-ing and bergosipp-ing .. :P



Taiko cakap lepas Isyak nak ketemu . Taiko nak dahulukan yang wajib dulu ..
Bagus kan Taiko yang ini ?


As usual, Bangi Kopitiam lah tempat
yang paling sesuai untuk lepak-ing and gosipp-ing ..


This one is mine . Not sure lah apa nama roti ni .
Roti ni sedap kalu dimakan panas2 . Kalu lambat korang ngapp, 
baling roti ni kat anjing pon boleh luka .. Paham kan ? Hee ~ 




Teh Tarik and portugese roti is the best kat sini !
(Makan sambil menangis)
(:)

After gosipp-ing, kitaorang cari port lain la nak sambung cerita..
Memandangkan owner of the kedai da bagi signal nak tutup kedaikan ..
Ouuh, lupa .. Bangi Kopitiam is not open for 24 hrs ea ..
Jadikan pengajaran dan sempadan . 
Buat kedai macam kedai tu "ABAH" kamik punya .
HAHAHA .

TAK LARAT NAK CERITA .
HANG LAYANZZ LA GAMBAR GAMBAR YANG ADA YO ?
ENTRY PENUH DENGAN GAMBA .
JENUH NAK NULIS .. (:




Masih berbaju jubah hitam dan memakai tagged opis lagi ..
Tak menyempat nak balik rumah dulu and tukar apa2 yang patutt ..
Heee ~








ini anak owner yang jual baju kat Dataran sana .
Tak jadi amik baju dia, so nak amik ati dia yang lara dan kecewa,
layanlah budak tu .. main air belon .. lagipon, dah lama tak main kan .
Sambil menyelam, minum ayaq . (:
Ouhh ye ada maklumat tentang budak kecik ni ..
Dye memang takkan pandang kamera bila bergambar .. kata ayah dia-lah .. 
:)





Taiko tengah bincang aktiviti esok pulak .. 
Nampak macam sebuah discussion yang serius kan ?






Almost 1 am arrived at home .
Aku pecut tanpa brek setelah mendapat
called dari umi . Nasib lah tak tido luar malam tu .
Hahaha .



DAY - 2 

Hari kedua .. Wowww ! Memang pecah perut .. Berumah rumah kami pergi .. Jemputan family, jemputan kawan2 .. dan tidak lupa juga jemputan customer .. Regular customer .. (:








Hari kedua tak banyak gambar . 
Si buncit sibuks makan . 
Makan. makan dan MAKAN .
Lepas ni kena diet (dlm MIMPI) .




DAY - 3 










Ahli kami bertambah sorang .
Si budak tembam ni ikut balik jugak selepas beraya rumah dia .
(:






Had lunch at KRR .


ONE HAPPY LOVEY DOVEY FAMILY .


Hari ketiga temankan TAIKO pergi beli barang2 untuk konvo dia bulan November ni ..
(:



Siapa TAIKO ?

Taiko is the eldest sister and the eldest cousin in my family . Dia lah TAIKO . Kalu dia ada around Sepang ni, bolehlah berjalan sakan .. pergi sana sini . TAIKO ni tengah sibuks buat persiapan konvo master dia kat UPM . Untunglah, si TAIKO ni ada husband yang sporting lepaskan dia untuk kami berjimba, berkarok bagai . Heee ~


- THE END-


bila buhsan melanda diri .
*Sigh and smile*
COMEL bukan ?
pls, say YES ! 
HAHAHAHAHA (gelak terbahak bahak kau)


Sunday, September 09, 2012

Raya yang bermakna .

Assalamualaikum .. (:


Dalam kesibukan menyiapkan report LI, aku mencuri sedikit ruang dan masa untuk menceritakan pengalaman beraya yang paling manissss .. (:


Pada raya ke-3 yang lepas, aku dan keluarga singgah di rumah saudara di kampung kelantan sana .. Sebelum on the way balik KL, kami singgah sebentar atas jemputan rumah terbuka . Tak baik pulak rasanya kalu tak singgah, orang dah jemput . Dahlah setahun sekali je jumpa .. 

Pendekkan cerita ketika aku melangkah keluar dari rumah sepupu abah tu(dah kenyang makan), aku ternampak kelibat ramai orang .. Tak delah ramai mana pun memandangkan kami datang awal ke majlis rumah terbuka tu .. Ada ramai cameraman bertauliah dan tidak bertauliah .. Heee ~ Lepas tu abah cakap .. Tengok tu .. Tuan Guru tengah makan ..


Aku berpaling .. Dan aku lihat dengan jelas dan dekat menggunakan mata kepala aku sendiri .. Ya Allah .. Tuan Guru Nik Aziz .. Depan mata je .. hampir mengalir air mata aku .. Dah lama sangat nak jumpa beliau ..
Aku terdiam dan kaku .. Tak bergerak .. Mata ni tak berkedip memandang beliau .. Kalaulah aku lelaki .. akan aku pergi ke arahnya dan mencium tangan beliau .. Malangnya, aku adalah wanita .. *Hampa 


Beliau datang dengan niat yang sama seperti kami sekeluarga .. Datang memenuhi jemputan rumah terbuka .. Rasa berdebar saat kali pertama berjumpa masih terasa ketika sedang menulis ni .. Dalam kesibukan dengan urusan dalam dan luar negeri, beliau masih mampu meluangkan masa memenuhi jemputan pekerja bawahnya . So proud of TGNA (: 

Semoga Allah panjangkan umurnya, kurniakan kesihatan yang baik untuknya .. Amin.




Thursday, September 06, 2012

DOA ini .



sekeping HATI yang dipelihara cantik, suci dan sempurna .





Mulakan berdoa dari sekarang demi kebahagiaan ..
Dunia dan Akhirat .






Doa ini antara Kita dan Allah s.w.t .
Tiada siapa yang tahu .
Tiada apa yang perlu malu ..



DAN 











INSYAALLAH .



Sunday, August 26, 2012

I love You ..

Assalamualaikum ..


Tiba sekarang ini dan ketika ini ada mood nak post new entry .. mood menulis ni kejap ada .. kejap tak ada .. kalu tak ada mood nak menulis, laptop pun aku xsentuh .. terbiar berhabuk atas meja .. puas tiup fuh fuhh .. nak ilangkan habuk tapi terhilang .. habuk degil sedegil orangnya .. (:

Seronok dan kemeriahan beraya masih terasa .. walaupun hanya semalam je keluar memenuhi jemputan rumah terbuka .. Hari ni hanya tinggal di rumah .. main guling2 dengan stitch dan menonton rancangan realiti tv kardashians family .. Oh ye, tak lupa juga tadi petang ada tolong umi pasang jaring .. monyet2 dalam hutan mogok .. abis semua barang n perkakas masak kat dapur nak diintai, diusik berselerak .. mungkin mogok sebab hutan tempat tinggal disapu bersih .. masalah, mangsanya siapa ? Kami juga .. alahai nasib kami !


Dan ketika sedang mengunyah biskut raya, sekali lagi tiba2 terpanggil nak tulis entry ILY ni .. gembiranya berhari raya di kampung tak hilang lagi .. suasananya masih terngiang ngiang .. seronok dapat berkumpul ramai2 .. ramai juga sahabat fb dan twitter upload gambar raya .. tiba2 jelesss .. bestnya, mereka ada baju sedondon .. tak best bila sedondon pakaian bukan dengan muhrim sendiri .. sedih ! kenapa ye nak beria sangat ? ah, mungkin kebetulan je tu kot atyn .. tp kalu semua kebetulan, kenapa majoriti yang kapel tu kaler baju raya nya sama ?


"Suka diorang lah kan nak buat apa .. apa yang kau sibuks sangat ni ? Pls, mind your own business ..", pasti ada yang mengutuk aku sekarang ini .. kan ? Maaf, aku akui aku adalah manusia dan gadis yang selemah lemah iman .. yang hanya boleh marah dan mengutuk dalam hati je .. selalu berdoa semoga Allah kurniakan keberanian dan kuasa veto untuk menegur mereka secara terusan .. Tapi, aku adalah manusia biasa .. Aku sendiri pun sering melakukan salah .. Aku sendiri pun tak sempurna .. Aku tak mampu .. Caranya ? Mcm ini jelah .. harap korang semua terima ..


Setiap kali aku nampak pasangan kapel .. kat mana2 jela .. walaupun kawan sendiri .. Aku bersyukur .. Aku bukan di antara mereka .. Aku selalu minta dijauhkan dari semua mainan cinta ni .. Apa barang beb kenal awal2 dan akhirnya putus jua ? Ending yang tak best .. Ending citer korea pon sweet je .. Ending korang ? Sadis ..! Tak mahulah macam tu ..Aku bersyukur sebab dilahirkan hudus .. dan tidak berjaya menarik perhatian mana2 lelaki .. Mintak dijauhkan .. Sebab aku tahu, aku wanita .. sentiasa mahukan kasih sayang dan perhatian dari seorang lelaki .. siapa tak nak dan tak suka bila ada yang beri perhatian pada kita dan 'care' pasal kita .. kan ? kalu korang tanya aku sekarang, tanpa berfikir panjang aku akan anggukkan kepala dan bersuara lantang, "YAA! Aku nakkan pakwe ! Nak sekarang juga .. yang Hot .. six packs ok !" Ingat kita boleh request pakwe macam kita request roti canai kat kedai mamak tu ker ? Ok, sambung balik kenapa aku berikan jawapan YA dan kenapa TIDAK ? Sebab ? Dah sememangnya itu naluri seorang wanita yang dikurniakan Allah .. That's why Allah menghalalkan perkahwinan .. Dah ada cara yang betol, kenapa tak mau gunakan ? Daripada duk kumpul dosa, better kita create new steps ke arah yang lebih baik .. Oh, dan semestinya aku taklah desperate sangat nak kapel .. and tak juga desperate nak tayang pakwe kat sume orang . Takut tak jadi, aku yang malu .. dan family pon tumpang malu jugak .. Huhuhu .

Tipulah kalu aku cakap aku tak mahu kapel sekarang ni .. Tengok cerita korea hari2 mesti boleh buat kita rasa nak bercinta .. Perasaan nak bercinta timbul after layan drama .. tak kiralah drama melayu, korea or hindustan .. biasanya drama2 cinta nikan sweet je .. baik si hero atau si heroin .. lepas layan kita mesti berangan depan cermin, tersenyum senyum (duck face) sorang2 .. tapi, ku tahan perasaan ni .. tahan sehinggalah dah bertemu yang sesuai .. semua yang aku lakukan demi mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat .. InsyaAllah ..





Bila orang tanya, " atyn ada pakwe ? atyn ada boyfriend ? atyn ada oppa ? " jawapannya .. "Tidak . Saya suka dan memilih untuk bercinta selepas kahwin" . Agak gediks bunyinya .. Tapi benar .. Inilah jawapan yang aku gunakan sejak lebih 6 bulan yang lepas bila orang tanya aku ada pakwe tak ? Macam hipokrit je aku ni kan ? Tapi, ini jawapan yang jujur dan ikhlas dari hati tanpa perlu berfikir panjang .. Testimoni bercinta lepas kawin lebih sweet dan bahagia pun dah terbukti . So, nak bukti apa lagi ? Syukur sangat sebab aku pun takdelah layan lebih cintan cintun ni .. Perasaan geli geleman tu ada bila terpikir nak kapel . Diri aku pun terumbang ambing sorang2 ni pulak kalu dah ada pakwe .. tak de pakwe pun banyak masalah .. dah ada pakwe ? Menimbun nimbun masalah .. Tapi, aku ada perasaan  kasih dan sayang terhadap seseorang .. Hanya  doa yang dapat menentukan masa depan kelak .. Berdoa dan terus berdoa .. ; )



Perut aku pulak yang sejuk bila tengok pasangan muda ni .. Kan dah cakap, kalu dah ada yang sesuai, selesaikan dengan cara terbaik .. Islam tak kata haram pon perkahwinan ni .. cuma Islam haramkan anda dan pasangan anda yang entah pape tu buat macam2 .. tak manis dipandang orang .. tengok ni, sejuk dan kita pula yang tumpang gembira .. Oh ye, wanita dalam gambar ni blogger Islamik taw .. suka baca blog dye n suaminya .. sweet sangat ! Klik Puan Mira dan Encik Muhsin untuk terus ke blog beliau .. (:




Aku dah buat keputusan .. Biarlah aku alirkan rasa cinta dan kasih sayang pada mereka yang selayaknya .. Kasih dan sayang aku padaNya belum cukup untuk bahagikan pada orang lain .. Banyak yang perlu diperbaiki dan banyak yang perlu diisi .. Aku harap dengan doa dan usaha mampu melayakkan aku menjadi muslimah yang sejati .. Hati dan perasaan aku biarlah disimpan sehingga bertemu dengan orang yang boleh membahagiakan aku, keluarga until Jannah ..


Aku ingin mencintai, mencurahkan kasih sayang dan pengorbanan sepenuhnya kepada :




Meliputi semuanya .. Allah dan Rasul yang pertama .. (:




Keluarga .. <3 nbsp="nbsp" p="p">
Yang dekat mahupun yang jauh .. (:



Rakan2 yang mengenali diri ini ..
Tidak kira walau di mana anda berada ..
Dekat atau jauh .. Hanya maut yang dapat memisahkan kita ..
Siapa pun anda, anda adalah sahabat saya .. (:



DOAKAN AKU SUPAYA AKU DAPAT MEMBAHAGIA, MENGASIHI DAN MENCINTAINYA SEPENUH HATI. HANYA INI IMPIAN DAN HARAPAN AKU .. <<--- (green the favourite one <3 font="font">







yang ini aku tak tahu patut letak di mana ..
buat masa ini, orang 'misteri' ini berada dalam carta paling akhir
sehinggalah dipertemukan .. Doa dan terus berdoa .. (:







Masih belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada readers yang setia membaca .. kepada sahabat handai yang mengenali diri ini .. Maaf juga kalu entry kali ini agak kasar bunyinya .. Ini saja teguran dari aku .. Yang baik semuanya datang dari Allah dan yang lemah datang dari diri aku dan diri kita sendiri .. Entry kali ini tiada maksud memerli atau menyakitkan hati sesiapa .. Cuma, teguran dari seorang gadis comel yang lemah untuk anda semua .. ini kerana .. I Love you .. Saya sayang semua umat Islam .. kawan2 lain .. dan juga keluarga .. (: Maafkan aku atas keterlanjuran kata2 .. Mohon ampun Zahir dan Batin .. Jemputlah datang rumah .. Pintu sentiasa terbuka kepada anda semua .. :) 




Salam aidilfitri,



Saturday, August 11, 2012

TIADA PERASAAN .

Assalamualaikum .. Hari ini sudah hari ke sepuluh dua puluh kita semua berpuasa .. Yeayy, tak lama je lagi nak raya .. semenjak lagu lagu raya berkumandang di corong2 radio dan opis, perasaan aku SAMA . No Feelings . Mana hilang keterujaan nak beraya dan balik kampung ? Secara jujurnya, aku rasakan Ramadhan kali ini lain rasanya .. aku tak merasa seperti berada dalam bulan Ramadhan . Hari hari aku di bulan Ramadhan sama seperti hari hari biasa aku . Sedihnyaa ! Mana hilangnya perasaan itu ? Raya dah nak dekat pun masih tak terasa teruja . Sejak bila aku jadi orang yang tiada perasaan ni ? Biasanya, akulah paling girang antara orang orang dewasa dalam rumah ni .


Walaupun perasaan nak beraya tiada tahun ni, tapi ada aktiviti raya yang aku tak sabar sangat nak buat .. Sembahyang raya .. Itu yang aku fikir dan teruja sekarang ini . Agaknyalah, simptom apa yang telah menjangkit aku ini ? Puas aku fikir sebab2 munasarawak yang menjadi dalang tiada perasaan nak beraya tahun 2012 ini .. Antara sebab yang boleh diterima akal :


1. Cuti .
Woww ! Sukacitanya di sini aku nak maklumkan pada saudara mara, sepupu sepapat, sahabat handai bahawasanya raya keempat aku harus bekerja ! So, raya ketiga dah balik ke sini semula untuk menjalani hari hari Latihan Industri pada raya keempat . Jadi mungkin inilah punca utama ketiadaan perasaan nak beraya .. tak pe atyn, tahun ini je .. sabar ye .. tahun depan, kalau panjang umur kita raya puas2, pujuk hati . Kepada mereka yang dah berjanji nak bawa lemang, ketupat ke opis nanti sila2lah tepati janji anda itu ye ! =P


2. Proses matang
Haha . Ini salah satu faktor kenapa tak excited nak beraya tahun ini . Betullah kata orang, semakin besar semakin berkurang perasaan beraya . Sebab ? Angpau pun semakin kurang dapat maaa .. Dapat pon sampul surat kosong budak2 buang . Cehh . Ishh . Budak2 ni bersepah je tahu ! Tak pasal pasal membebel sorang2 . Sebal ..


3. M.A.L.U
Bila dah semakin dewasa ni, bila tengok adik2 kecik salam makcik2 yang datang beraya, kita pun ikut jugaklah bersalam . Dengan niat yang suci murni bersalam untuk menghapuskan dosa dosa kecik di bulan mulia, tapi disalah ertikan makcik tu .. "Dah besar . Mana dapat duit raya lagi. Stok untuk budak kecik je " sambil tersenyum (duck face) . Malu mehh bila ada yang cakap macam tu .. Kita tak de lah nak sangat duit raya makcik tu . Kita pun tahu kita dah besar . Tapi, kalu nak bagi juga, kita terima je .. tapi, nak not yang warna biru .. tapi, kalu nak bagi not merah pon oklaaa .. HAHAHA .


4. Sibuk
Bila semua budak2 sibuk pergi collect duit raya, kami wanita2 yang dewasa ni pula sibuk uruskan dapur .. angkat cawan, hidang kuih, basuh cawan pinggan, buat air dan blablabla .. uihh . nasib stok 'bibik' ramai kat umah tu .. takdelah penat sangat . wahahaha .


5. Tak sedondon 
Raya tahun ni baju kami sekeluarga tak sedondon . Rancangan awal nak warna itula, warna inilah .. akhirnya ? Kaler 1 Malaysia lah jawapan akhir dan muktamad . Tunggu nak ambil je baju yang ditempah .. Dah terlambat pon nak ubah fikiran .. Lebih kurang seminggu je lagi nak raya .


With no good and strong reasons . This is the only reasons in my mind. I've no other ideas . Do you have some? Share yukk!



Sebelum mengakhiri cerita tiada perasaan ini, marilah menonton iklan tv for raya yang dah berjaya buat aku menitis air mata, menangis teresak esak . Bersyukur ya Allah kerana kurniaanMu ini . Dan insaf selepas menonton iklan ini . Di saat kita bersedih dan berduka, ingatlah bahawa ada lagi orang di luar sana yang lebih susah dan keseorangan tanpa keluarga di aidilfitri . Masih ada ramai lagi yang berasa tidak gembira dan sedih kerana beraya tanpa keluarga .. bak kata mereka, nak buat apa beraya, ayah / mak dah tak de . Dan aku bersyukur masih diberi kesempatan beraya bersama keluarga . InsyaAllah .




*** statements above is only for joking and  i accept everything . because this is all His planned . Not us . Thank you ... ***

Wednesday, August 01, 2012

Hari - hari terakhir yang 'awesome' ..

Assalamualaikum readers ... Hari ini sudah Ramadhan yang ke-12 .. Alhamdulillah .. cepatnya masa berlalu .. tak lama je lagi kita semua bakal meraikan hari kegembiraan dan kebahagiaan HARI RAYA .. mesti masing2 dah xsabar nak raikan .. especially budak2 kecik .. merekalah yang paling gembira .. kan ? aku tahulah sebabnya aku penah merasa dan melalui fasa tu .. tahun ni dah berumur 20 tahun .. kemeriahan beraya x sehebat dan x excited macam dulu2 .. dulu2 kalu esok nak raya, xlena tido kot .. kejap2 bangun tengok jam .. sekarang ? tido mati xsedar diri .. HAHAH .. jealous pulak tengok budak2 yang seronok xterkata dengan duit raya dalam poket yang berkepuk2 tu .. Aihh .. Untunglah kau wahai budak .


Hari ni berbuka makan maggi je .. Again . Baru je makan maggi ari isnin yang lepas . Botaklah aku lepas ni .. kenapa makan maggi je ? sebabnya xtahu nak masak apa .. n maggi tu senang je .. 2 minit dah siap .. tapi, yang aku punya lebih 2 minit la nak siap .. kita kasik special ckit .. xde cin cai bun cai .. nak masuk perut maa .. mesti mau sedap ! Semalam kemain makanan mewah ! ada ikan bakar, siakap 3 rasa, pahat n lala, sotong bakar, sotong celup tepung, udang 'prawn' butter .. n kicap yang marvellous ! Hari ni jadi miskin jap .. kadang2 berbuka lauk bersederhana x salahkan .. :)



Semalam beramai-ramai dengan ofismate Malaysia Aiport Holdings Berhad pergi berbuka menyambut hari2 terakhir Senior Manager Practikal ( ceh . nak gempak je). Kalu x pergi ini akibatnya ..

akibatnyaaa ..


JJJAANGGGG !




Seram kan ? so, setuju jelah nak pergi ..
HAHAHA

Nak pergi tu macam2 dugaan dan cabaran aku dapat ! pening pale wehh . Umi n abah dah izinkan .. ada masalah lain timbul .. tapi, dapat atasi masalah itu dengan baik ! Terima kasih buat mereka2 yang membantu..
(:

Lepas2 makang kenyang2 dan solat, sesi seterusnya adalah bergambar ! Xnak pulang terlalu lewat, so kita terus ke sesi fotografi .. korang, enjoy jela tengok gambar ni yep !



Aih . Xtahan ! Asyik gelak je .. 


Oh, Aliya pon ada walaupon dye bukan satu department dengan kitaorang ..
abang2 n kakak2 dalam opis kenal dengan dye ..
(:


Perkenalan dengan mereka .

Nak kongsi sikit detik2 perkenalan dengan abang praktikal yang dah pencen ni .. Abang afiq, abang sanji, abang ihsan n abang malek diorang semua daripada UITM .. masing2 tengah degree dalam course accountancy .. diorang sporting giler .. sikap diorang yang peramah dan giler2 buat aku senang .. dan xde perasaan awkward langsung .. ingat lagi, masa mula2 kenal dengan diorang .. alaihaii ! sikap pemalu opkos lah ada .. makan nak berhidang .. itu nak cakap .. nak kena pesan .. saja jelah kan nak manja2 dengan diorang .. sebab aku tahu, diorang xlama kat sini dah .. masa mula daftar, kak zam ada suruh abang afiq tunjukkan kitaorang cara2 nak scanning invoice n blablabla .. abang afiq cakap, kitaorang kat sini tinggal berapa hari je kak .. Dalam hati ni gembira abis sebab diorang praktikal kat situ dah xlama .. bolehlah nak conquer tempat tu nanti .. HAHAHA .. hakikatnya tadi sunyi sangat kat opis .. mengantuk ! tak pernah rasa semengantuk macam tu .. dah xde sapa lah nak usik2 .. buat lawak .. aihhh . sabaaaa jelaaa .. Oh ye, aku kenal lagu YA SUDAHLAH nyanyian sapa entah melalui diorang .. diorang selalu pasang lagu tu .. n bila dengar lagu tu kat YT mesti teringat part ni .. "Dengar ku bernyanyi lalalalala heyeyeyeyeyayaya
Dedum dedudedadedudidam semua ini belum beakhir ".sesiapa belum pernak dengar lagu tu boleh klik sini untuk dengar Ya Sudahlah. abang afiq penah nyanyi part ni .. dan bunyinya kelakar giler .. ehh, nanti sapalah nak pasang lagu tu kat opis nanti .. dan tiba2 mengidam cheesecake yang abang afiq bawak ari tu .. sedap sangat ! pernahlah tanya abang afiq kat mana dye beli kek tu .. dye cakap dye beli kat kedai kek . Aihhh .. sabar jela lagiiii .. HAHAHA . baru sehari, dah rinduuuuuuu ..


P/s ===>  

Sebelum menutup kata2 akhir .. abang2 semua .. terima kasih untuk semua tunjuk ajar, pertolongan .. untuk hiburan dalam opis .. semuanyalah ! aihh . dah anggap abang2 semua ni macam abang sendiri .. xde perasaan 'awkward' bila bersama dengan diorang .. sikap diorang yang terlebih peramah berjaya merobohkan dan memusnahkan perasaan tu .. xpernah nak rapat dengan orang lain especially lelaki semudah abc macam ni .. ahahaha . thanks again. kalu panjang umur, jumpa lagi .. Jaga diri .. Gud luck untuk semester yang terakhir ! Bye !




from,