Wednesday, March 20, 2013

mencari ..



Tegukan air berbotol botol hari ini tak mampu menghilangkan kehausan .. Cuaca di luar berbahang kepanasan .. Hujan merajuk tak mahu memuntahkan isi air jernihnya . Manusia tak pernah bersyukur . Di kala hujan, mahukan panas .. Di kala panas, mahukan hujan .. Hasilnya ? Inilah .. Manusia memang tak pernah puas .. Ada sahaja kerenahnya .. mahu itu .. mahukan ini . Semuanya kerna nafsu dan keinginan .. bukan kerana keperluan . Begitu juga aku . Tidak terasa dengan herdikan tulisan tangan sendiri .. kerana diri sendiri yang menulis .. Kalu orang lain yang mengherdik ? Aku terasa kerana aku adalah antara manusia yang mempunyai kerenah sebegitu . Banyak songeh dan mengada ngada ..


Hari ini bertarikh 20 Mac .. aku masih mencari cari identiti sebenar diri aku . Mencari identiti permasalahan apa yang sudah lama bertapak di dalam fikiran .. Aku mencari .. aku merenung .. Aku muhasabah .. tetapi tidak berjodoh untuk menemuinya . Tetapi, hari ini .. I found it . I know the real things I need in this whole my life . But, still curious .. do I have to face all the problems and challenges ? I have no strengths to get through . Kegembiraan di hari hari yang lepas tidak mampu melenyapkan gelisah di dalam hati . My happiness means nothing . 




Mungkinkah ini adalah signal dariNya ? 




DOA KETIKA RESAH GELISAH DAN KESEDIHAN





Amin ..

Saturday, March 16, 2013

Them . In memory ..

Assalamualaikum wbt .. Eeeeyahhh .. betul betulkan urat .. Gud morning semuaaa ! Bangun, buka lappy baba, buka facebook update status .. hmm .. mood nak update blog pagi ni .. Rasanya baru hari ni aku dapat feels untuk berehat rehat goyang goyang kaki menaip dengan senang hati tanpa perlu terkejar kejar .. line wifi laju giler .. hati manyak senang wooo ..


Dua tiga hari ini aku asyik teringat abang abang, kakak kakak tempat LI aku kat Malaysia Airports .. rindunyaa .. Abang kakak Finance Department and Abang Kakak Commercial Department .. Rindunya ya Allah . Rindu giler ni .. Abang abang mailroom .. kakak kakak cleaner .. yang paling aku rindu mee goreng basah food apron yang sedap giler tu .. rindu semuanya . Walaupun elaun aku tak siap2 lagi utk 2 bulan .. huehuehue .. :D


Kata mereka, lepas ni tak jumpa atyn da .. nak tahu perkembangan atyn tengok blog dia jela .. sedihnya . Sebab itulah aku usahakan balik blog ni tak nak berhenti menulis .. sampai bila bila .. walaupun sebelum ni aku pernah terpikir nak tutup akaun blog ni .. dah tak mahu menulis lagi .. sibuk dengan kerja dan assignment .. sibuk main main cak cak, bergurau dengan kawan kawan, geletek, gaduh sana sini .. ini semua aktiviti wajib kami .. nampak tak kekanakan keribenanya kami ni ? muahaha




Aqidah n me ..


Kakak kesayangan, kak Arina




Ina ..






2 days one night @ PD







Abang Muiz


Abang Jay


Kak Mah the Legend



Abang kesayangan, abg Hafiz ..



Kami student Poli Shah Alam, PSIS n Poli PD




Berbuka puasa @ Bagan Lalang


Kak Zhy and kak Yana ..




@ Stadium Merdeka celebrated National Day




Kata orang, yang patah tumbuh .. yang hilang berganti .. 



Atyn nak ucap terima kasih banyak banyak kat kak Arina, abang hafiz .. akak2 dan abang2 Finance Division yang banyak beri tunjuk ajar .. abang Jay, abang Muiz kerana menjadi pendengar dan kawan yang baik . Terima kasih untuk malam tu .. Teringin nak keluar makan2 lagi dan lepak dengar katak menyanyi sumbang .. haha . Kak Zhy and kak Yana, abang afiq, abang afiq sanji, abang ihsan and abang malik .. selamat berjaya memegang segulung ijazah . Terima kasih kepada semua nya .. Disebabkan anda, atyn dapat keputusan cemerlang LI .. terima kasih abang rosli .. heee ... kakak atyn yang kiut miut kak Susi and kak Salmi .. rinduu . Kak susi .. teringinnya nak makan mee bandung .. kak salmi .. bawak kerete elok .. tak mahu laju2, xmahu hon2 n jangan nakal2 .. haha .. Aqidah n Ina .. terima kasih sebab jadi kawan yang baik sepanjang LI .. untuk abang md noor .. jaga akak elok2 .. xmahu nakal dengan budak praktikal yang lain . untuk semua yang atyn tak mentioned dekat sini .. terima kasih juga ... Sayang anda semua .. Jaga diri baik2 .. Panjang umur, kita jumpa lagi .. :) Maafkan atyn andai selama ni atyn ada buat salah .. malas kerja suka curu tulang .. terguris dan tertinggi suara (biasalah SMP kan) haha . Maafkan atyn !



# Dah dua hari aku post entry menyayat hati dan perasaan . Bila baca balik, dah raya ker ? Dua post entry bermaaf maafan . Hari hari mintak maaf tak salahkan ? Oklah nak mandi ! Bye ! #




Friday, March 15, 2013

Usahawan dan pelajar . Kau ada ?

Assalamualaikum wbt . Alhamdulillah .. hari ini hari Jumaat .. Hari ini akan ada pembentangan untuk subjek Investment dan Test untuk Islamic Accounting . Doakan aku dan kawan2 lain . Pantaslah kau masa akhirkan minggu ini secepat yang mungkin . Tidak tertahan lagi ,, terlalu sibuk .. penat . Penat bercampur dengan perasaan lain .. bila dah jadi penat macam ni fikiran sentiasa berubah ubah . Kerana penat berniaga, aku fikir lebih baik ada kelas dan belajar . Sehari lepas berakhirnya bazaar niaga, fikiran berubah lagi . Baik aku berniaga daripada belajar . Sebabnya ? Inilah . Nak kena menghadap test, kuiz, tutorial dan presentation .. Ishh, Istighfar banyak2 atyn .. Sabar .


Nak share sikit pengalaman berniaga . Walaupun ini bukanlah pengalaman pertama . Bukanlah pengalaman pertama juga nak menjerit jerit panggil customer . Tapi, ini adalah pengalaman kali pertama jerit2 dekat kafe, buat muka comel dengan harapan ada yang tersangkut dengan kecomelan dan singgah membeli . Menjadi ker taktik aku ni ? Walawehh . Jangan biadap . Of course la menjadi . Haha .. Minggu ini .. hari Isnin dan Selasa yang lepas bersamaan 11-12 Mac, kelas aku mengadakan hari jualan yang wajib disertai oleh pelajar2 yang mengambil subjek entrepreneur . Alhamdulillah .. selesai sudah Bazaar Siswa Niaga . Selesai dengan jayanya . Walaupun penat, tapi hasilnya berbaloi-baloi . Terbalas semua penat lelah kami sekumpulan. Alhamdulillah . Kata orang, penat berniaga ni hilang sekelip mata bila hasil jualan mendapat sambutan . Alhamdulillah syukur .. Walaupun tidaklah banyak untungnya tetapi memadai bagi kami sekumpulan . Sekali lagi, syukur Alhamdulillah .. :)


Kami sekumpulan membuat keputusan berniaga dan menjual makanan dan minuman. Walaupun setiap minggu, hari, minit dan saat menu berubah-ubah .. Cumanya aku terkilan tak dapat nak jual Nasi Kukus abah . Abah dah setuju nak sponsor semuanya .. tapi, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan, rancangan nak menjual nasi tak jadi .. Kita tukar kepada menu lain .. nasi bertukar kepada roti pizza .. great ideas from the members . Thank you guys for the brilliant ideas .. Antara makanan dan minuman yang dijual ialah roti pizza, spagetti (paling laris) selama dua hari berturut-turut, coconut shake dan dadih special .


First day agak slow perniagaan . Tapi, hari kedua kami bangkit dengan semangat berkobar-kobar nak dapatkan keuntungan double dari hari pertama . Walaupun dalam hati kata, boleh ker nak dapatkan lebih dari hari pertama ? Kami agak ragu-ragu .. tapi, dalam masa yang sama kami percaya dengan rezeki Allah .
Alhamdulillah, semua nya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, semuanya kerana berkat kesabaran kami .. semuanya kerana zikir dan tasbih kami kepadaNya ketika menyiapkan hidangan kepada pelanggan tak pernah putus . Percayalah semuanya dari Allah . Nak tengok meriahnya gerai kami ? Layan gambar jomm !














Pulun2 siapkan coconut shake dan roti pizza 











Eleven Muses yang hebak dan daebak !







Akhir sekali, atyn teringin sangat nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang membantu menjayakan dan memeriahkan hari usahawan ni . Terima kasih atas semua commitment yang diberi . Maafkan atyn kalau ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan tacing2 selama atyn memimpin korang . Tiada ketua dalam kumpulan kita .. semuanya adalah ketua . Ketua yang diberi amanah untuk bertanggungjawab melakukan tugas masing masing . Maafkan juga kalu ada terasa dengan layanan yang agak beremosi . Kerana kesilapan lepas, atyn cuba untuk jadi yang terbaik . Kesilapan lepas dalam memimpin masih terngiang ngiang segar dalam ingatan . Atyn cuba juga untuk tidak menjadi stricts dan menjadi sporting .. Maafkan atyn atas semuanya . Atyn enjoy sangat selama bersama korang . Setiap patah perkataan beremosi yang terkeluar dari mulut, tidak dimaksudkan . Hanyalah gurauan semata . Jangan ambil hati ye kawan ? Hmm . Rasanya tak payahlah nak buat post mortem . Semua yang terbuku dan sesi maaf maafan dah terluah di sini .. Huahuahua .





## Dah lama sangat tak busy macam ni . Last busy dan tido sikit2 mcm ni beberapa tahun yang lepas menguruskan events dengan dia . Teringat dia yang sentiasa busy . Tak pernah mengeluh kepenatan, sentiasa sabar dan profesional melakukan tugas . Aku jadikan kau sumber inspirasi untuk uruskan hari usahawan ni . Aku jadikan kau role model untuk memimpin walaupun aku terkandas keluar dari landasan pimpinan sebenar kau . Bila aku marah, sakit hati dan mahu menangis aku teringat kau yang kuat dan sabar .. Aku masih mencuba .. ##

Wednesday, March 06, 2013

Yuhuu . I'm back !








Assalamualaikum .. tangan menggigil dah lama xupdate blog . Hampir setengah tahun membiarkan blog kesepian tanpa berita . Sungguh aku rindu ! Muncul kawan baru, tinggalkan sahabat lama . Lumrah kehidupan manusia .. apakedahal ? atas permintaan ramai, aku kembali menulis .. glamer nya aku mengalahkan retis .. woot woot . Thank you thank you .. Untuk permulaan, cukuplah sekadar aku mengatakan aku sihat walafiat dan bahagia di samping orang tersayangs .. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dikelilingi oleh mereka merka yang senang dan baik hati . Berhuntungnya aku ada mereka di sisi aku tika susah dan senang . bahagia aku tak buleh digambarkan dengan kata kata . Hanya doa sentiasa mengiringi hari mereka supaya diberi kemudahan dan mendapat berkat dari Nya . In sya Allah . For ur information, now i was in semesters 5 studying finance and islamic banking . just one more semester left . best pray for me and friends .. ^^


Sebelum itu, marilah kita sama2 mendoakan keselamatan pejuang pejuang keselamatan yang sedang bertempur untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Sabah . Semoga kemenangan berpihak pada kita . Sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang mukmin .