Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 2013 .

Assalamualaikum .. salam Ramadhan buat kawan2 yang jauh .. kawan sekolah rendah, menengah, kawan2 yang mengenali diri ini tidak kiralah dimana anda berada . Alhamdulillah, hari ini hari ke-14 semua umat Islam menyambut Ramadhan .. Alhamdulillah juga kerana Allah masih memberi kesempatan, kesihatan fizikal dan mental untuk menyambut bulan yang mulia ini .. yang paling penting, tahun ni tahun akhir menyambut Ramadhan bersama kawan2 politeknik .. manfaatkan masa masa akhir yang ada ini ..


Dalam kesibukan mencari bahan untuk menyiapkan projek akhir, aku ambil kesempatan meluangkan masa ciput yanga ada ni untuk mengemaskini akaun blogger yang hampir 4 tahun bersama .. susah senang kita bersama mr blogger .. i love u !


So, no wonder la perasaan nak tutup akaun blog ni berat sangat .. banyak yang aku cerita kat sini .. perasaan marah, sedih dan soal hati pon ada .. ehemm2 .. past is past .. atyn tahun 2013 ini adalah tahun kelahiran atyn yang baru .. no more feeling . no more loves .. i just want to built something to make people around proud to me .. proud to having me in their life .. proud to knowing me .. i've set my mind . what is it ? nak kurus ?? ohh tidak . sebab aku dapat rasa aku memang dilahirkan bambam omey2 macam ni .. bagi aku, kalu dah sayang seribu kali sayang sehingga lautan api sanggup diredahi, mereka tak kisah dah semua ni .. sebab tulah love is blind . accept me because of my personality, behaviour . Bukan hanya kecantikan sahaja ! (tak cantik, comel je lebih) :P


Tetiba je bersemangat cakap pasal ni siap dengan tanda seru nak tunjuk yang aku marah sangat dengan those people especially men yang terlalu bersikap picky ni .. seperti mana wanita boleh menerima serba kekurangan seorang namja (lelaki), begitu jugalah mereka (namja) kena terima serba kekurangan seorang wanita . Aisshh, ni mesti kes terbawa bawa dengan kelas usul fiqh pagi tadi bila ustaz ada cerita pasal perkahwinan . ok, kita stop cakap pasal kahwin dan buka cerita Ramadhan atyn . Konpius ni, patut ker aku tukar tajuk Ramadhan tu kepada luahan isi hati ? ohh, silap . Nak jadi lebih baik n tak kontroversi, cerita dan mengadulah dengan Allah . Allah maha Mendengar ..

krik .. krikkk .. krikkk ..

_______________________________________________________________________________

Hari ni bersahur, nestum dan berkongsi nasi dengan adik junior, Aja .. Alhamdulillah . Bersahur makan ala2 fakir miskin . Berbuka makan ala2 Raja .. haa ..  Jangan ikut macam aku .. ajaran sesat ni .. biasalah, pagi2 mana ada rasa nak makan .. even tak puasa pon breakfast selalu saja skipped . yang ni lagilah, pagi2 pukul 5 bangun x basuh mulut terus makan ngapp . nak kejar masa tido .. Astaghfirullah .. hari ni jela kejar masa sebabnya dua tiga hari tido tak lena selalu je terganggu .. hari lain, kalu sempat lepas sahur buat solat sunat sementara nak tunggu Subuh ..


Setiap hari sebelum Zohor dah fikir menu nak makan untuk berbuka .. secara jujurnya, aku dah boring sangat2 dengan makanan kafe .. puasa ker tak puasa menunya sama tak berubah .. semalam turun bazaar aku bagaikan dirasuk dewa n dewi makanan ! semua nak .. bagaikan burung yang terlepas dari sangkarnya .. nasib baik dikelilingi rakan2 yang selalu mengingatkan aku .. syukur, mereka ada sebab RM15 je habis kat bazaar semalam *SIGH


Kurang dua minggu je lagi nak bercuti pertengahan semester .. cuti mid sem and raya dibuat sekali guss ., cehh . tak dapatlah nak beraya puas2 .. habis je raya ke-4, dah kena balik poli fikir pasal projek akhir ni .. tula, masa mula2 masuk semester satu nak sangat kan jadi pelajar semester 6 ? haaa, amikkk atynn .. amik ni ..


Okla, azan Zohor dah berkumandang .. orang semakin ramai memenuhi Pusat Islam .. mohlah kita pergi menghadapnya .. Akhir sekali, selamat berpuasa semua .. Maafkan segala khilaf saya .. semoga ibadah kita diterima yang Maha Kuasa .. Assalamualaikum ..



Salam RamadhanulKareem ..
:)



No comments:

Post a Comment