Sunday, March 28, 2010

sayangilah mereka wahai manusia!

kes buang bayi semakin berleluasa di malaysia..ari2 ada berita tentang kes buang bayi di muka akhbar!ari2..!kenapa ibu bapa mereka sanggup melakukan perkara sedemikian..??Ya Allah..kenapalah Kau hidupkan manusia sedemikian ya Allah di muka bumi ini..??mereka yang hanya tahu melakukan dosa dan maksiat di bumi milikmu ini..sudah melakukan maksiat adalah dosa besar..pulak tu ditambah dengan membuang bayi, mrmbunuh bayi..kalu dah tahu, hal sedemikian akan berlaku dan xmahu bertanggungjawab, kenapa masih mahu melakukannya..??xtahukah mereka hukum2 yang ditetapkan Allah..??tolonglah hentikan semua nih..Allah dah pun memberi amaran dengan menurunkan pelbagai bencana alam yang bertujuan supaya berhentilah melakukan maksiat dan kekejaman antara manusia dengan kejadian tsunami, ari yang panas terik, gempa bumi dan macam2 lagi..kenapa kita xperasan sume ini adalah petanda yang Allah murka dengan setiap perlakuan manusia di bumi Allah..kejadian yang memalukan malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti adalah beragama Islam..dan berbangsa melayu..kebanyakan kes buang bayi adalah di kalangan orang melayu..di mana sikap ketimuran kita yang mengamalkan sikap sopan santun, lemah lembut n menjaga maruah..??di mana sume itu..??ianya seakan2 sebuah negara barat yang sering melakukan seks bebas tanpa sebarang ikatan yang sah dan halal!kenapa kita meniru gaya mereka yang bukan membawa kebaikan tapi keburukan..??dalam soal nih, masyarakat sering menyalahkan kaum wanita..dan lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab, hanya tersenyum puas..ini x adil..dalam kes nih, masyarakat harus juga menyalahkan kaum lelaki..dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan undang2 pada kaum lelaki juga..jangan hanya memandang kaum wanita sahaja yang bersalah dalam hal ini..kemungkinan wanita itu tidak mempunyai pilihan lain selepas lelaki itu tidak mahu bertanggungjwab n membuat keputusan terus dengan membuang bayi..kejadian yang menggemparkan malaysia ialah apabila mayat bayi dibakar di dalam tong sampah!Ya Allah..sanggupnya merekaaa..dan terbaru, tangan mayat seorang bayi digonggong anjing..Allahuakbar..Subhanallah..kenapa sampai begitu sekali kejamya manusia..??binatang yang tidak berakal pon sayangkan anaknya..ini apatah lagi manusia..kes ini bukannya semakin berkurang, malah semakin meningkat dari ari ke ari..Ya Allah kau adililah kesalahan2 mereka dengan seadil2nya..kau hukumlah mereka yang melakukan sume ini Ya Allah..dan Kau jauhkanlah aku daripada sume ini ya Allah..sentiasalah Kau mengingati aku setiap masa..Tempatkanlah bayi2 yang dibunuh ini di tempat orang mu'min..dan kau bimbinglah anak2 buangan di pusat penjagaan supaya menjadi anak yang soleh n solehah apabila sudah besar kelak..


p/s===>ini adalah luahan ketidakpuasan ati pada pihak yang melakukannya..kasihanilah bayi2 yang baru sahaja ingin merasa kehidupan di muka bumi Allah ini dan sayangilah mereka..

No comments:

Post a Comment