Teringat peristiwa perhimpunan BERSIH tempoh hari . Hati ini tiba-tiba sedih mengenangkan keadaan persekitaran Malaysia .. perbuatan, fitnah, cacian, pukulan tersangatlah menyedihkan hati ini . Saya bukanlah politicholic .. Cuma, berkongsi rasa .. Tidak juga menyebelahi mana mana pihak . Saya masih student, tapi saya masih nak ambil tahu hal hal politik di Malaysia .. Senang, apabila di tanya di hadapan Allah kelak, saya tidak teragak agak untuk menjawab . Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengambil tahu, menilai perkara mana yang baik dan perkara mana yang buruk . Salah kah saya ?
Politik saya rasa semakin teruk di Malaysia ni menjadi bebanan fikiran saya . Setiap hari saya berfikir . Kenapa terjadi ? Bagaimana nak selesaikan ? Apakah punca ? Bila nak selesai dan berbaik ? Siapa dalang dan salah siapa ? Teringat kisah pelajar UPSI yang pernah hangat kerana menurunkan bendera bergambar PM Malaysia, Najib Tun Razak .. tidak silap saya, pelajar tersebut ditahan dan dihentikan sesi semester dia di UPSI .. kesiankan ? Tapi, hukum dan peraturan tetap dijalankan seperti biasa . Mungkin, cara beliau menurunkan bendera gambar PM adalah salah . Apa pula kata pelancong yang datang ke Malaysia apabila beliau menurunkan bendera PM di hadapan ramai ? Pandangan pelancong mungkin dah serong terhadap PM dan negara kita ..
Saya bukan apa, cuma saya sentiasa terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan kacau bilau, huru hara, hiruk piruk politik berterusan dan tidak dihentikan . Apakah yang akan berlaku dengan negara tercinta saya, Malaysia ? Dan apakah yang akan berlaku terhadap saudara sebangsa saya ? Adakah nasib saudara Muslim saya dapat dipertahankan ? Saya takut .. Saya sayang Malaysia .. Saya sayang Islam agama saya sejak dari perut umi saya . Adakah kita akan menempa nasib yang sama seperti negara Afghanistan ? Palestin ? Iraq ? Saya sedih dan takut tetapi dalam masa yang sama gembira sekiranya Syahid menjadi milik saya . InsyaAllah .
Tolong Hentikan Fitnah Memfitnah antara kita .. Melayu dan Melayu sama lah Islam dengan Islam . Hentikannya sekarang kerana Fitnah itu lebih buruk daripada membunuh . Astagfirullah ! Dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh orang .. Percayalah, satu hari nanti kita semua akan berkumpul di Padang Mahsyar dan dikumpulkan masing masing dalam keadaan tidak berpakaian .. tiada perasaan malu di antara kita .. dan sedang menunggu untuk disoal oleh Allah tentang pekerjaan yang kita lakukan di dunia . Semoga Allah teguhkan iman kita untuk menjadi HambaNya yang soleh dan solehah . Juga menjadi hambaNya yang sentiasa mengikut hukum yang ditetapkan serta mengerjakan perkara yang disuruhnya dan meninggalkan perkara yang dilarangNya . Amin . Insya Allah ..
*********************************************************************************
Apa yang saya tulis ini tidaklah menjurus kepada hal politik semata mata .. Hanya luahan rasa dan perasaan .. ianya juga melibatkan hal akhirat dan duniawi . Ini adalah peringatan bersama . Bumi sudah tua . Kita sudah berada di akhir zaman . Mudah mudahan segala ibadat yang kita kerjakan diterima olehNya . Amin . InsyaAllah .
No comments:
Post a Comment