Wednesday, June 13, 2012

kerana mimpi ..

Assalamualaikum !

Menulis dengan mata yang sembab kerana tidur lewat .. dengan hidung yang sok sek sok sek kerana selesema .. tak mahu menulis kerana x berdaya, sakit kepala tapi kugagahkan jua .. sepertinya tak boleh berdiam diri .. perlukan bicara .. bicara hati .. kali ni, lain sikit .. ketika menulis ni pon, hati dup dap dup dap .. menahan rasa . mungkin, daydream . tapi, bukanlah daydream pon, nite dream .. tak paham ? ok, abaikan.

Malam kelmarin, aku bermimpi .. sure, korang penah mimpi kan ? mimpi dengan orang yang femes . bercinta sakan kemain . tapi, dalam mimpi jela .. ari ni aku nak citer mimpi aku malam kelmarin .. masih terngiang kata-kata dia .. keluhan, tangisan dan kesalan nya . Siapakah beliau ? Ehmm . Tak nak mention, sebab tak nak kontroversi . ecehh .

Sebelum tido, macam biasalah baca surah ayat kursi . Then, kita pikirkan orang2 yang kita suka, sayanggs .. barulah buleh tido lenakan n maybe kita akan mimpikan dye . Dah biasa buatkan, so ari2 kita pikirkan dia supaya ari2 kita dapat bertemu dengan dia, bercinta, bahagia yang dikecap dalam mimpi jela .. real ? memang tak lah kann .

Dah abis surah ayat kursi, aku pon pikirkanlah mamat ni . Mamat mana ? Adalah . RC Ari Nasi Kukus . HAHA . Tak penah pon nak pikirkan dye, tapi aku rasakan dye sweet sangat dengan baju kotak2, makan nasi kukus sambil minum singa beng (limau ais) . gatal ? xsuka . abaikan juga rangkap ni . haha

Yeah, buat pertama kalinya aku terpikirkan abang ni . Sebelum ni tak penah cuba pon walaupon dye salu datang makan . Buleh dikatakan hari2 makan . Aku pikir pikir and akhirnya aku terlelap . Aku tidur .. nyenyak sekali .. Ok, datang dah .. datang dahh ni .. betol2 datang .. Hero mimpi aku dah datang ! Gembiranya !

Ceritanyaa ..


Kami berjumpa di sebuah tempat . Not really beautiful tempat pon . Tempat di mana dinding dinding  dah rosak catnya .. Aku tersesat masuk ke tempat tu .. Aku terdengar esakan . Aku pergi menjenguk . Ternampak sesusuk badan tough . Aku dekat lagi .. Dekat lagi .. dan sudah berada hampir dengan dia .. Dia mendongak . Seraut wajah putih dengan rambut pacaknya memandang aku . Aku tanya .. " Awak kenapa ?"
Dia memandang . Pandangannya sayu . Keadaanya nampak tidak terurus . Dia senyap . Lama kemudian, dia bercerita tentang kekesalan dia yang terlalu picky .. n mungkin juga dia dah lupa daratan sewaktu hidup dia menjadi tarikan mata masyarakat . Dia menjadi bualan ramai . Apa yang dia buat, di mana dia berada semua masyarakat ambil kisah . Dia tak mahukan kehidupan baru dia . Dia mahukan kehidupan lama . Kehidupan sebelum dia glamor .. Aku berikan kata kata nasihat yang bernas . Tak tahulah berguna atau tidak pada dia . Sebab lidah aku kelu . Tak boleh nak berkata apa . Tak percaya dia yang muncul dalam mimpi . Bukan dia yang aku pikirkan sebelum tido . Mungkin dia dah silap masuk, i think .. n mungkin, juga aku yang tersilap .. entah, tak tahu mana yang betol . Aku cuba melarikan diri dari dia sebab aku rasa, bukan dia yang aku minta dalam mimpi ni .. dia dah tersilap dapat heroin dalam mimpi dia .. aku pon dah tersilap dapat hero dalam mimpi aku .. aku rasa, dua dua salah .. so, buat aku berdiri di depan dia ? baik aku cabut .. sewaktu kaki dah melangkah 5-6 tapak dari tempat tu, terasa ada yang menarik tangan ini dan memeluk aku (maaf, kalu agak keterlaluan, mimpi je pon) .. katanya, "Jangan tinggalkan saya sorang sorang . Saya perlukan awak ". Pelukannya kuat sehingga aku tak boleh bernafas . Dia menangis kesedihan kerana kesilapan masa lalu . Dia menyatakan rasa kesalan dan insaf . Aku kaget . Eh, mamat ni biar betol ! Aku diam . Kaku dalam pelukannya .. -THE END-


Lepas mimpi tu, aku bangun .. Baju aku basah dengan peluh sewaktu aku terjaga dari tido walaupun suhu aircond dalam bilik ni aku pasang 19 celsius .. Teringatkan mimpi tu .. n paling mengejutkan, pagi sehingga malam selepas mimpi tu aku demam ! kenapa sampai macam tu ? after kemas kemas rumah, aku masih teringat dan terbayangkan mimpi tu .. susuk tubuh dia .. malam tu, tengah sibuk sibuk hirup air sirap dekat kedai ari nasi kukus, aku ternampak dia ! yela, dia yang muncul dalam mimpi aku malam tadi sampai aku demam dibuatnya ! malaysia vs singapura .. apa maksud mimpi tu ? malam tadi aku mimpi dia dan sekarang dia tengah ada game .. live pulak tu .. terpampang besar di skrin lcd milik kafe sebelah . Darah aku menyirap sewaktu melihat dia . Aku bukanlah fanatic fans dia pon . Malah, aku makin tak suka pada dia sejak aku baca kisah playboy dia di muka akhbar .. Bertambah tak sukalah aku kat dia ! Dan malam tadi, kerana mimpi aku berjaga sehingga pukul 4 pagi .. search pasal dia .. google, youtube sume aku terjah .. n aku juga singgah di blog ex tunang dia .. dan sekarang, aku tumpang simpati dan memberi sokongan pada ex dye opkos .. kaum hawa beb ! mestilah nak sokong kaun hawa jugak ..

P/s : Tahniah harimau Malaya ! Harimau berjaya membaham Singa dengan 2-0 .. well done ! Semoga terus maju .. :)

Maybe, mimpi tu membawa petanda Malaysia akan menang . Siapa tahu ? bukanlah, aku berangan nak bercinta dengan dia ! eh, simpang malaikat 44 youu .. :) Okla, nak out .. Lunch our dah tiba ! Wassalam .

Kata kata yang sentiasa mengingatkan aku .. Dan aku rasakan adil buat semua hambaNya .. :)


No comments:

Post a Comment