Saturday, August 11, 2012

TIADA PERASAAN .

Assalamualaikum .. Hari ini sudah hari ke sepuluh dua puluh kita semua berpuasa .. Yeayy, tak lama je lagi nak raya .. semenjak lagu lagu raya berkumandang di corong2 radio dan opis, perasaan aku SAMA . No Feelings . Mana hilang keterujaan nak beraya dan balik kampung ? Secara jujurnya, aku rasakan Ramadhan kali ini lain rasanya .. aku tak merasa seperti berada dalam bulan Ramadhan . Hari hari aku di bulan Ramadhan sama seperti hari hari biasa aku . Sedihnyaa ! Mana hilangnya perasaan itu ? Raya dah nak dekat pun masih tak terasa teruja . Sejak bila aku jadi orang yang tiada perasaan ni ? Biasanya, akulah paling girang antara orang orang dewasa dalam rumah ni .


Walaupun perasaan nak beraya tiada tahun ni, tapi ada aktiviti raya yang aku tak sabar sangat nak buat .. Sembahyang raya .. Itu yang aku fikir dan teruja sekarang ini . Agaknyalah, simptom apa yang telah menjangkit aku ini ? Puas aku fikir sebab2 munasarawak yang menjadi dalang tiada perasaan nak beraya tahun 2012 ini .. Antara sebab yang boleh diterima akal :


1. Cuti .
Woww ! Sukacitanya di sini aku nak maklumkan pada saudara mara, sepupu sepapat, sahabat handai bahawasanya raya keempat aku harus bekerja ! So, raya ketiga dah balik ke sini semula untuk menjalani hari hari Latihan Industri pada raya keempat . Jadi mungkin inilah punca utama ketiadaan perasaan nak beraya .. tak pe atyn, tahun ini je .. sabar ye .. tahun depan, kalau panjang umur kita raya puas2, pujuk hati . Kepada mereka yang dah berjanji nak bawa lemang, ketupat ke opis nanti sila2lah tepati janji anda itu ye ! =P


2. Proses matang
Haha . Ini salah satu faktor kenapa tak excited nak beraya tahun ini . Betullah kata orang, semakin besar semakin berkurang perasaan beraya . Sebab ? Angpau pun semakin kurang dapat maaa .. Dapat pon sampul surat kosong budak2 buang . Cehh . Ishh . Budak2 ni bersepah je tahu ! Tak pasal pasal membebel sorang2 . Sebal ..


3. M.A.L.U
Bila dah semakin dewasa ni, bila tengok adik2 kecik salam makcik2 yang datang beraya, kita pun ikut jugaklah bersalam . Dengan niat yang suci murni bersalam untuk menghapuskan dosa dosa kecik di bulan mulia, tapi disalah ertikan makcik tu .. "Dah besar . Mana dapat duit raya lagi. Stok untuk budak kecik je " sambil tersenyum (duck face) . Malu mehh bila ada yang cakap macam tu .. Kita tak de lah nak sangat duit raya makcik tu . Kita pun tahu kita dah besar . Tapi, kalu nak bagi juga, kita terima je .. tapi, nak not yang warna biru .. tapi, kalu nak bagi not merah pon oklaaa .. HAHAHA .


4. Sibuk
Bila semua budak2 sibuk pergi collect duit raya, kami wanita2 yang dewasa ni pula sibuk uruskan dapur .. angkat cawan, hidang kuih, basuh cawan pinggan, buat air dan blablabla .. uihh . nasib stok 'bibik' ramai kat umah tu .. takdelah penat sangat . wahahaha .


5. Tak sedondon 
Raya tahun ni baju kami sekeluarga tak sedondon . Rancangan awal nak warna itula, warna inilah .. akhirnya ? Kaler 1 Malaysia lah jawapan akhir dan muktamad . Tunggu nak ambil je baju yang ditempah .. Dah terlambat pon nak ubah fikiran .. Lebih kurang seminggu je lagi nak raya .


With no good and strong reasons . This is the only reasons in my mind. I've no other ideas . Do you have some? Share yukk!



Sebelum mengakhiri cerita tiada perasaan ini, marilah menonton iklan tv for raya yang dah berjaya buat aku menitis air mata, menangis teresak esak . Bersyukur ya Allah kerana kurniaanMu ini . Dan insaf selepas menonton iklan ini . Di saat kita bersedih dan berduka, ingatlah bahawa ada lagi orang di luar sana yang lebih susah dan keseorangan tanpa keluarga di aidilfitri . Masih ada ramai lagi yang berasa tidak gembira dan sedih kerana beraya tanpa keluarga .. bak kata mereka, nak buat apa beraya, ayah / mak dah tak de . Dan aku bersyukur masih diberi kesempatan beraya bersama keluarga . InsyaAllah .




*** statements above is only for joking and  i accept everything . because this is all His planned . Not us . Thank you ... ***

No comments:

Post a Comment