Sekarang jam dah menunjukkan ke angka 12 malam . Esok dah kerja .. Hari2 berjanji dengan diri untuk tidur lebih awal . Tapi, tak pernah nak menepati janji tu .. Ya Allah, mata dah berat tapi tak boleh tido . Rindunyaa dengan lappy 'baba' aku nii .. Dah lama tak bukak .. kesian anak mak ni .. :)
Entry before ni semuanya pasal hati .. pasal pendapat tentang cinta . Aku bukanlah gadis macam tu dan gadis yang mudah melatah . That's only my opinion . Apa yang aku rasa .. Aku cuma, tak percaya pada cinta awal . I mean, bercinta sakan then putus . Tak sakit hatikah macam tu ? Kesian hati . Menangis dalam diam . Mungkin tersedu sedan hati ini. Siapa tahu ? Tiba tiba je terpikir .. Kalaulah pengakhiran hidup aku bersama si dia semanis drama drama hebat Korea . Bestnya . Hati batu dan keras macam aku ni pon ada perasaan tahu .
Berangan pula nak jadi macam Kim Sun Ah dalam drama Scent of Woman . Seorang wanita yang hodoh, selalu dibuli di tempat kerja dan mempunyai kanser perut . Sakit, hodoh dan bengong . Tapi ? berjumpa dengan seorang lelaki yang kacak . Yang penting, lelaki tu sayangkan heroin tu walaupun tahu heroin tu takkan lama hayatnya . Woww, how sweet ..
"Ya Allah . Aku tak mintak lebih . Aku tak minta rupa, harta mahupun kemewahan . Cukuplah sekadar seorang lelaki yang boleh mengimamkan solat aku dan anak-anak .
Yang boleh menjadi PM yang baik, adil dan soleh dalam membentuk rakyatnya(keluarga)
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat . Aku percaya pada ketentuanMu .
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik . Aku percaya pada apa yang ditetapkan oleh-Mu .
Semua yang berlaku dan terjadi adalah tetapan-Mu sejak azali ..
Engkau lebih mengenali dan memahami kemampuan kami .. Aku mohon padaMu ya Allah .
Amin Ya Rabbal Alamin .."
Mungkin, jadi tak boleh tidur sebab tak released apa yang dalam fikiran . Aku tension ? Tidak, aku seronok .. Aku seronok berjumpa dengan kawan2 dan pengalaman baru . Mungkin esok adalah hari yang lebih baik ? Yeaah, InsyaAllah . Atyn, tak mahu tension2 lagi .. Everything will just go fine and better tomorrow, tomorrow and tomorrow .. InsyaAllah . Dua bulan lebih je lagi :D . heeee ~
No comments:
Post a Comment